“Jangan Macam-Macam Ehh, Anak Nombor 3 Dah Menunggu…”- ‘Upload’ foto Bersongkok, Tomok di ‘W4rning’ Isteri

Gara-gara minta butang baju Melayu, isteri kepada penyanyi dan pelakon, Tomok iaitu Ayu Abas beri amaran kepada suaminya supaya tiada niat untuk berkahwin lagi.

Bagaimanapun Tomok hanya mahu berbaju Melayu itu untuk menjayakan babak nikah di dalam slot MegaDrama, TQ Captain.

“Sayang…butang baju melayu abang mana yang..??”

“Dah tengah malam ni…katanya last sh0oting TQ CAPTAIN scene kahwin….okla…sh0oting tak apa jangan macam-macam ehhh….anak nombor 3 dah menunggu….” tulisnya berseloroh.

Ayu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik gambar Tomok bersama baju Melayu tersebut.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan kapsyen yang ditulis.

Selain Tomok, drama TQ Captain turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Mawar Rashid, Hisyam Hamid, Raf Yaakob, Mark Adam, Harris Annuar dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama TQ Captain di slot MegaDrama mulai 9 Disember 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrian Akid, 8, dan Andrashah Iman, yang kini berusia lima tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Jangan Macam-Macam Ehh, Anak Nombor 3 Dah Menunggu…”- ‘Upload’ foto Bersongkok, Tomok di ‘W4rning’ Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*