“Maaf ya Fazley… saya tak minat artis-artis ni” – Fazley Yaakob keceewa dim4lukan, rasa seperti kucing dalam s4ngk4r

 PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa keceewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak menghorm4ti privasi artis sebagai manusia biasa.

Fazley berkata, dia melalui kejadian mem4lukan apabila terdapat sebuah keluarga yang mengambil gambarnya dan anak-anak secara sembunyi-sembunyi sambil berteri4k tentang kewujudan ‘artis’ kepada ahli keluarga lain.

 Bagaimanapun, Fazley berkata, dia cuba menegur keluarga berkenaan untuk mengambil gambar secara selfie selepas berasa tidak selesa dengan situasi berkenaan.

Fazley berkongsi rasa kesal melalui muat naik di Instagram.

“Saya sedang duduk di tepi pantai teman anak-anak berenang. Tiba-tiba ada satu keluarga datang depan-depan, tuding-tuding, eh artis kan dia?

“Saya senyum… lepas tu duduk sebelah saya dan anak-anak, curi-curi ambil gambar. Kemudian ada ahli keluarga dia datang jerit kuat-kuat wei ada artislah.

“Rasa macam kucing dalam s4ngk4r. Kalau dia minta ambil gambar elok-elok mesti saya bagi atau tanya dan sapa serta beri salam, mesti saya jawab,” ujarnya.

Fazley meluahkan rasa kesalnya itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu.

 

Rasa macam kucing dalam s4ngk4r. Kalau dia minta ambil gambar elok-elok mesti saya bagi atau tanya dan sapa serta beri salam, mesti saya jawab.

DATUK FAZLEY YAAKOB

Penyanyi

Fazley menambah, salah seorang daripada ahli keluarga berkenaan meno4k untuk berselfie sebaliknya menyatakan dia tidak berminat dengan golongan selebriti.

“Masalahnya masih ada orang yang kurang ‘cara’ apabila bertemu orang lain. Apa nak buat ya?

“Sebenarnya saya offer nak ambil gambar dengan makcik tu. Saya cakap jomlah, saya pegangkan kamera, kita selfie. Tahu apa dia jawab?

“Maaf ya Fazley, saya tak minat artis-artis ni. Haha… luah m4ti mak, telan m4ti bapa jadinya,” ujarnya lagi.

 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Maaf ya Fazley… saya tak minat artis-artis ni” – Fazley Yaakob keceewa dim4lukan, rasa seperti kucing dalam s4ngk4r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*