Meny4mar jadi Naqiu pulak

PENYANYI Naqiu kec3wa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya bagi tujuan mengutip wang kononnya untuk kegunaan kelab peminatnya, Naqiurious bagi menyokong penyanyi itu final Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Ahad ini.

Naqiu yang juga bekas penyanyi Boboy berkata, dia tidak menyangka ada pihak yang sanggup mem4nipulasi namanya dan kelab peminat.

“Walaupun perkara seperti ini bukan kali pertama berlaku, tetapi ia tetap mengejvtkan saya. Saya terkil4n dengan situasi yang berlaku ini.

“Tidak sangka ada pihak yang tergamak mengambil kesempatan dan mem4nipulasi peminat lain dengan menggunakan gambar dan nama saya,” katanya.

Naqiu berharap supaya peminatnya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan menggunakan identitinya.

“Perkara ini sedang disi4s4t oleh pengurusan saya bersama pihak berkuasa. Saya ingin tegaskan di sini, pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak akan terlepas kerana meng4ni4ya peminat saya.

“Saya harap peminat meneliti terlebih dulu mesej yang mereka dapat bagi mengelakkan mereka menjadi m4ngsa pen1pu4n,” katanya.

Terdahulu, tular perbualan WhatsApp pihak terbabit yang meny4mar sebagai Naqiu dengan peminat dari Brunei Darussalam.

Dalam perbualan itu, pihak berkenaan meminta peminat memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai kononnya bagi membantu Naqiu yang akan bertanding di final GV6, Ahad ini.

 

Sumber : MyMetro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Meny4mar jadi Naqiu pulak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*