Tolak Adeg4n Bersentuhan – Nadzmi Adhwa Tiada Tawaran Berlakon Lepas Kahwin

Betul yang orang selalu kata, rezeki lepas kahwin itu memang ada. 

Namun lain pula yang berlaku pada pelakon Nadzmi Adhwa. Nadzmi  diuji apabila tidak menerima tawaran berlakon sejak mendirikan rumah tangga lebih tiga bulan lalu. 

 

Menurutnya namanya pernah ditolak sesetengah produksi hanya kerana statusnya sebagai suami. Tambahan pula beliau menolak untuk tidak melakonkan babak bersentuhan demi menjaga hati isterinya, Ardell Aryana.

“Memang saya agak terkesan apabila tiada tawaran diterima, tetapi saya tidak boleh terbawa-bawa dengan perasaan. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan bukan hanya menerusi tawaran berlakon.

“Secara jujur, saya memang menunggu tawaran berlakon, namun rezeki sudah tidak seperti ketika saya masih bujang. Saya pula lebih mengutamakan kepu4san dan watak yang ditawarkan, manakala soal bayaran jatuh nombor dua.

“Tersent4k juga apabila ada penerbit memberitahu, dia tidak mahu ambil saya berlakon hanya kerana sudah berkahwin. Namun, hidup perlu diteruskan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Tapi itulah, terma rezeki sebenarnya tak tertumpu satu saja, ada orang dikurniakan rezeki bisnes, kerjaya, anak dan sebagainya. Walaupun tiada rezeki tawaran berlakon, rezekinya tetap murah, terutama dalam bidang perniagaan.

“Saya seronok berlakon, malah minat itu tidak pernah m4ti. Begitu juga isteri yang masih berminat meneruskan kerjaya lakonan.

“Tetapi, apabila kurang tawaran berlakon, kami perlu mencari peluang lain, termasuk mengusahakan perniagaan.

“Bukan mahu mend4bik dada, tetapi saya bersyukur masih punya pendapatan lain. Cuma, saya dan isteri masih mahu berlakon untuk berkongsi bakat yang ada,” katanya yang mengusahakan pusat laser bulu, Hairy Mary bersama rakan kongsi.

Dalam pada itu, Nadzmi bagaimanapun, bersyukur dua filem yang diterajuinya iaitu Anak Perjanjian Sy4it4n dan terbaru, Busut Bonang mendapat reaksi positif penonton.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah reaction postif dan gamat pawagam semalam dengan gelak tawa 🙏🏻 Gelak sampai tercirit 🤣 Congrats team #BusutBonang 🔥Tengok sekali macam tak puas malam tadi.Kalau 18 kali tengok pun confirm tak puas. Tapi kali ke 19 aura dia lain macam tapi saya yakin korang tetap tak puas jugak 🤣 Harap korang support #BusutBonang bermula 19 Disember 2019 di seluruh pawagam seluruh Malaysia ❤️

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Mengenai perkahwinan, Nadzmi mengakui, dia sentiasa berusaha untuk menjadi suami yang baik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dinner dengan ex FRIENDZONE malam ni 🤣😚 Alhamdulillah dah semakin jinak sekarang 😂

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

“Alhamdulillah, hidup saya semakin bahagia dan sekarang, apa juga keputusan yang dibuat, pandangan isteri tetap diambil kira. Saya selesa dengan apa yang saya lalui ini, malah hidup semakin bermakna sejak ada isteri,” katanya.

Bertabahlah Nadzmi. Ya benar, memang ada ujian yang Allah turunkan buat kita selepas kahwin, tapi percayalah setiap ujian yang turun, pasti ada khabar gembira selepasnya.  

 

 

Sumber – Berita Harian, Instagram Nadzmi Adhwa via Cari

 

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tolak Adeg4n Bersentuhan – Nadzmi Adhwa Tiada Tawaran Berlakon Lepas Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*