“Sejam Sebelum Majlis Baru Tiup” – Pelamin DIY Pakai Belon Helium Ini Ringkas Tapi Cantik!

Pelamin adalah antara benda yang akan memakan banyak belanja untuk sesebuah majlis perkahwinan

Walaupun begitu, buat masa kini tidak sukar untuk mendapatkan pelamin yang cantik dengan harga yang murah. Bahkan, banyak pengantin sekarang lebih gemarkan konsep pelamin DIY yang biasanya disewa atau dibuat sendiri dengan kos berpatutan.

Bukan itu sahaja, sekiranya bakal pengantin itu sendiri bijak dalam menguruskan sumber yang sedia ada, maka tidak mustahil banyak wang dapat dijimatkan untuk sesebuah majlis perkahwinan itu yang meskipun murah namun tetap kekal menarik.

Baru-baru ini viral di sosial media gambar pelamin bertona biru dan putih yang simple tapi memukau kerana dihiasi dengan belon helium

Menerusi laman Twitter, @Yusra_ysf yang telah memuat naik gambar-gambar tersebut turut berkongsikan bagaimana dia telah berjaya merealisasikan impian kawannya untuk bersanding pada pelamin yang ringkas tetapi cantik.

Siapa sangka dengan menggunakan hanya kerusi, backdrop tirai, dan belon yang ditiup dengan gas helium mampu membuatkan pelamin tersebut kelihatan benar-benar unik!

Lebih menarik lagi, konsep pelamin berkenaan merupakan idea pengantin perempuan itu sendiri dan hanya dibuat pada saat-saat terakhir iaitu sejam setengah sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung.

Jikalau sebelum ini, belon helium banyak digunakan pada sambutan hari jadi serta graduasi, ternyata ianya kelihatan sangat cantik serta menarik dan mampu memeriahkan sesebuah majlis perkahwinan. 

Yang pasti, perlu pakai baju yang bersesuaian dan kena dengan konsep tersebut!

Menurut Yusra, dia hanya menggunakan 150 belon pada pelamin itu dan kos yang dikeluarkan adalah kurang daripada RM500

Susulan dari tularnya gambar pelamin tersebut, ternyata ramai yang memuji dan mengagumi rekaan ringkas dekorasi pelamin yang dihasilkan Yusra. Siap ada yang nak tiru konsep ini lagi!

Antara komen menarik dari warganet:

Sumber : Says seismik

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Sejam Sebelum Majlis Baru Tiup” – Pelamin DIY Pakai Belon Helium Ini Ringkas Tapi Cantik!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*