“Balik Shooting 5 6 Pagi Anak Dah Lena…” – Syatilla Dedah Shaheizy Sam Rindu, Sibuk Kerja Lama Tak Jumpa Anak

Pelakon Syatilla Melvin mendedahkan suaminya, aktor Shaheizy Sam sudah beberapa hari tidak bertemu anak-anak kerana sibuk mencari rezeki untuk keluarga.

Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla berkongsi perkara itu menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya.

Menurut Tilla, Sam terlalu merindui anak-anaknya walaupun sibuk bekerja.

“Tiga hari bapak tak jumpa anak-anak, balik dari penang terus usung bawa anak-anak jumpa bapak kat set shooting.

“Kalau tak bawa jumpa memang bapak tak ada masa lah nak spend time layan anak-anak dia.

“Balik shooting 5 6 pagi balik anak-anak dah lena takkan nak gerak bangun.  

“Bapak hang pun time tu nampak katil macam nampak ketui mas sebab penat sangat. Yang kita pula tengok laki penuh kesabaran, hmm.

“Semoga Allah merahmati perjalanan laki aku cari duit. Permudah semudah-mudahnya untuk bapak ini. Amin Ya Allah,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

3hari bapak xjumpak anak2, balik dari penang teroih usung bawak anak2 jumpak bapak kt set shooting. Kalau tak bawak jumpak memang bapak xdak masa la nak spendtime layan ank2 dia.balik shooting 5 6pgi anak2 duk lena,takkan nak gerak bgun. Bapak hang pun time tu nampak katil mcm nampak ketoi maih(gold bar) sebb penat sgt. Yang kita pulak tengok laki dgn penuh kesabaran.hmm🤪 semoga allah merahmati perjalanan laki aku cari duit♥️permudahkanlah semudah mudahnya utk bapak ini♥️amin ya allah

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Dalam perkembangan terbaru, Sam kini sedang membuat persiapan untuk filem P0lis Evo 3.

Sumber : Gempak
Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Balik Shooting 5 6 Pagi Anak Dah Lena…” – Syatilla Dedah Shaheizy Sam Rindu, Sibuk Kerja Lama Tak Jumpa Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*