Adira Tarik Balik Permohonan Cer4i, Tiba2 Pula Datin Red Isteri Pertama Beri Respon

Penyanyi Adira Suhaimi semalam telah menarik semula permohonan cer4i terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, pada petang Selasa di  Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat.

Ketika ditemui di perkarangan mahkamah semalam, Adira berkata dia menganggap semua yang terjadi sebagai pengajaran besar buat dia dan suami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️❤️❤️❤️

A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on

“Ini semua pengajaran terbesar dalam hidup saya dan suami. Tapi itulah, lumrah berumah tangga ada pasang surutnya.

“Apa pun yang penting, berkat doa semua, demi anak-anak perkahwinan ini dapat diselamatkan,” katanya menerusi kemaskini posting di laman sosial Instagram (IG) Hlive.

Tambah Adira, dia tidak menyimpan dend4m terhadap sesiapa namun berharap agar netizen atau pihak luar menjadi batu api selepas ini.

Posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi positif warga net yang rata-ratanya mendoakan agar Adira dan suami lebih matang menangani masalah rumah tangga di masa hadapan.

Mereka turut memuji Adira dan suami kerana berjaya menjaga keharmonian rumah tangga dan mendoakan pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat.

Dalam pada itu, posting Hlive turut menarik perhatian isteri pertama Dato Red, iaitu Datin Red yang telah meningg4lkan komen ringkas mendoakan kebahagiaan madunya.

“Semoga jodoh kamu berkekalan hingga ke jannah, semoga bahagia,” tulisnya.

Pada 1 April lalu, penyanyi berusia 28 tahun itu memfailkan percer4ian terhadap Adnan, 49, tetapi permohonan tersebut dibantah ahli perniagaan terbabit.

Pada 9 Oktober lalu, pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat bagi perbicaraan permohonan cer4i.

Hakim Mohd Faizal Habib bagaimanapun, menetapkan 17 Disember (semalam) sebagai tarikh sebutan hakam kes percer4ian itu.

Adnan dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 2; Assan, 1 tahun dua bulan dan Anggun, tiga bulan.

Sumber/Foto: Instagram HLive

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Adira Tarik Balik Permohonan Cer4i, Tiba2 Pula Datin Red Isteri Pertama Beri Respon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*