“Saya Pun Bukan Kerja Bagus…” – Ayah ‘Mini Neelofa’ Tak Tolak Jika Anaknya Terima Tawaran Berlakon?

Ayah kepada ‘mini Neelofa’, Che Fadhullah akui masih tidak mempercayai impian anaknya itu sudah menjadi kenyataan.

Menurut Che Fahdhullah, anaknya, Che Naura Auni memang sebelum ini telah menyimpan hasrat untuk bertemu dengan idolanya itu.

“Sebelum ni dia selalu cakap nak jumpa Neelofa, nak beraya rumahnya.

“Bila dapat jemputan ke MeleTOP, saya anggap ia rezeki sebab anak dah selalu sebut,” katanya kepada Mstar.

Ditanya sama ada dia bersikap terbuka jika Naura diberi tawaran untuk ‘terjun’ ke dunia seni, Che Fahdhullah tidak menolak.

“Saya pun bukan kerja bagus, kerja kilang saja. Kalau ada tawaran berlakon jadi model atau iklan saya tak tolak.

“Tapi jangan sampai jejaskan Naura sebab dia masih kecil. Saya anggap rezeki untuk masa depan Naura juga,” katanya.

Terdahulu wajah Naura yang mirip selebriti Neelofa mencetuskan fenomena.

Malah, kemunculannya di program MeleTOP pada Selasa lalu juga menjadi perhatian ramai.

BACA: “Alamak Sama Macam Aku, Apa Kata Dia Ganti MeleTOP ” – Neelofa Terkesima Kanak-Kanak Ini Mirip Mukanya!

Pada anda yang terlepas menonton MeleTOP semalam, anda boleh lihatnya di bawah.

Untuk makluman anda, program MeleTOP bersiaran setap Selasa jam 9 malam hanya di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 

Sumber : Mstar via GEMPAK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya Pun Bukan Kerja Bagus…” – Ayah ‘Mini Neelofa’ Tak Tolak Jika Anaknya Terima Tawaran Berlakon?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*