Selesai Dibed4h Tapi Suami Masih Belum Sedar, Noorkhiriah Mohon Peminat…  

Pelakon Noorkhiriah berkongsi keadaan terkini suaminya, Azfaizul Ahtan yang dimasukkan ke sebuah h0spit4l selepas mengalami masalah kesihatan, beberapa hari lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

‘Tiada Daya & Upaya Melainkan Dengan Pertolongan Allah’..mohon doakan kesembuhan buat suami akak yer,terima kasih semua.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Menerusi posting terbaru Noorkhiriah di Instagram, dia menjelaskan suaminya sudah pun selesai dibed4h, namun masih belum sedar sepenuhnya.

“Apa akak boleh katakan yang mana ada pasangan hargailah. Itu je yang akak boleh cakap.

“Terima kasih atas doa, suami akak dah boleh selesai pembed4han dan sekarang masih belum sedar semuanya.

“Paling penting semuanya sudah selesai nak tunggu sihat sepenuhnya pula. Alhamdulillah terima kasih Allah, terima kasih semua,” katanya.

Posting berkenaan kemudian ‘dibanjiri’ dengan kata-kata semangat oleh peminat dan pengikut di Instagramnya.

Rata-rata mereka mendoakan agar suaminya diberikan kesembuhan secepat mungkin.

Untuk makluman semua, Khiriah dan Azfaizul telah mendirikan rumah tangga pada November 2006.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

Komen Netizen :

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selesai Dibed4h Tapi Suami Masih Belum Sedar, Noorkhiriah Mohon Peminat…  "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*