Anak dah jangka Shira kongsi keputusan PT3

“SAYA kena adil. Kalau keputusan anak sebelum ini saya kongsikan, jadi untuk anak yang ambil keputusan PT3 kali ini pun saya memuat naik di Instagram,” kata pelakon dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah mengenai tindakannya memuat naik keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) anak lelakinya, Airell Zulkifly, hari ini.

Sharifah atau lebih dikenali sebagai Shira berkata, dia sudah menjangka keputusan yang bakal diterima anak lelakinya itu dan tidak memar4hinya.

“Saya tahu tahap akademik anak. Tak tahu nak buat apa lagi tapi mungkin sal4h saya kerana kurang beri perhatian kepadanya.

“Walaupun menghantarnya ke pusat tuisyen, tapi saya lihat minatnya lebih kepada menonton YouTube. Namun saya sering memberi nasihat dan mengingatkan dia mengenai kehidupan dan masa depan,” katanya.

Airell yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati hanya mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris manakala D (Bahasa Melayu), D (Bahasa Melayu Lisan), F (Sejarah), F (Geografi), D (Pendidikan Islam), D (Matem4tik), D (Sains) dan D (Reka Bentuk dan Teknologi).

Menurut Shira, dia tidak peduli segala tanggapan neg4tif orang ramai mengenai tindakannya memuat naik keputusan anak lelakinya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dari zaman mak dia sampai laa ke anak D je Apa ni…adoiiiii Dah cakap kat somi suh pergi pagi2 amik Satu je A Jangan hina anak kita😜…tau.. Kita pun macam tu dulu.. Tapi kita bayar tax Rajin gi umah org kawin Rajin gi spital tengok orang sakit Bergantung kalau tak busy Nanti kita ajar anak kita sekolah hidup Supaya hormat org tua..dan tak macam org lain komen kecikkan hati orang..ye Hidup gelak ketawa dan kecewa..biasa ye Tahniah yang dapat A…😍 Jauhi DADAH…banyak D ni

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

“Anak sudah dapat jangka saya akan kongsikan keputusannya di Instagram. Saya tak rasa dia m4lu atau sed1h sebab ada perkara lain yang dia tak suka saya kongsikan di Instagram berbanding keputusannya itu.

“Meskipun cikgu di sekolah minta hantar anak ke sekolah swasta tapi saya tak rasa itu cara terbaik.

“Sekarang ini saya nak simpan duit sebab banyak komitmen yang perlu ditanggung selain semua anak akan dihantar belajar ke kolej nanti,” katanya.

Terdahulu perkongsian keputusan PT3 anak lelaki Shira di Instagram menarik perhatian orang ramai yang gel1 hati melihat kenyataan Shira.

Penyampai radio Suria FM itu mengatakan di zaman dia sehingga ke anaknya sering menerima keputusan D, namun jangan sesekali mengh1na anaknya.

 

Sumber : Metro 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Anak dah jangka Shira kongsi keputusan PT3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*