Gadis Subang Jaya akui jejaka Korea romantik, macam drama TV – “Masa confess dia bagi bunga, bracelet, siap ada surat tulis tangan”

MEREKA bermula sebagai kawan tapi keserasian bersama membibitkan rasa cinta antara gadis kelahiran Subang Jaya, Selangor ini dengan jejaka dari Busan, Korea Selatan.

Kisah percintaan pasangan sama cantik sama pandan ini dikongsi menerusi satu video dengan kapsyen taught my bf some malay yang dimuat naik Amirah Sabrina di Twitternya.

Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan pemuda tersebut menyebut perkataan ‘saya sangat sayang Sabrina’ dengan bantuan kekasihnya.

Perkongsian itu mendapat lebih 47,000 ulang kicau dan 76,300 tanda suka.

Rata-rata netizen menyifatkan Amirah beruntung kerana berjaya menambat hati jejaka Korea persis artis K-pop, Jung Woo dari kumpulan NCT.

Rakaman video Amirah mengajar teman lelakinya bercakap bahasa Melayu menjadi tular di Twitter.

“Dua-dua comel. Dia nampak mirip Jungwoo NCT,” kata Leo.

“Bagi tip nak dapat Korean boyfriend please,” tulis Sha.

“Comelnya, untungnya hensem pula tu. Emmm,” kata Fariesya.

Amirah yang mengikuti pengajian di Universiti Hanyang, Korea Selatan berkata dia mula mengenali Sung Je Oh, 22, bermula semester ini kerana kebetulan ada kelas sama.

“Dia sama major dengan saya (kejuruteraan mekanikal). Kami start kenal semester ni sebab ada kelas sama. 

“Mula-mula tu kami berkawan dulu tapi entah macam mana saya rasa ada keserasian di antara kami. Lagipun dia seorang yang caring dan amat memahami saya,” katanya.

Amirah dan Sung mengambil kursus yang sama di Universiti Hanyang.

Malah gadis berusia 20 tahun itu mengakui jejaka Korea amat romantik sebagaimana dapat kita lihat menerusi kebanyakan drama dari negara itu di televisyen.

“Hahaha betul. Masa confess dia siap bagi bunga dan bracelet siap ada surat tulis tangan semua. Jadi nampaklah effort dia.

“Tapi saya tak pernah terfikir akan bercinta dengan lelaki Korea. Malah saya tiada teman lelaki sebelum ini. Alhamdulillah dialah cinta pertama saya,” katanya.

 

Tapi saya tak boleh bercakap bagi pihak dia sama ada dia dah ready atau tak. Apa pun saya percaya hidayah itu milik Allah dan jika dia ditakdirkan untuk saya, maka InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar.

AMIRAH SABRINA.

Penuntut Universiti Hanyang, Korea Selatan.

Mengenai perbezaan budaya, bahasa dan agama antara mereka, Amirah tidak menganggap perkara itu halangan dalam hubungan mereka.

“Alhamdulillah kami tak ada masalah dalam berkomunikasi. Lagipun dia pandai cakap English dan saya pun dah setahun belajar bahasa Korea. Jadi kami campur-campur cakap dua bahasa.

“Dari segi budaya pula, dia faham saya Muslim dan ada batas dalam pergaulan kami. Dia tahu tak boleh nak pelvk-pelvk dan Alhamdulillah dia terima. Saya pun ada ajar dia cakap bahasa Melayu sikit-sikit. 

Amirah tidak menganggap perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai halangan dalam hubungan mereka.

“Dia tahu cakap ‘saya nak makan’ dan ‘Alhamdulillah’. Even parents saya pun tahu tentang hubungan kami dan mereka tak kisah asalkan saya happy. Kawan-kawan saya pun very supportive,” katanya.

Menganggap usia mereka masih muda, Amirah berkata dia tidak terburu-buru mahu mengikat hubungan mereka ke fasa lebih serius.

“Memandangkan kami baru pelajar tahun pertama, perjalanan kami masih lagi jauh. Kami tidak akan terburu-buru. Buat masa ini saya akan memperkenalkan Islam kepadanya secara perlahan-lahan.

“Dia tahu kalau dia nak kahwin dengan saya dia kena convert. Alhamdulillah dia seorang yang open minded mengenai Islam dan sedia mendalami lebih banyak mengenai agama ini. Dan dia tahu saya terima dia sebab saya serius dalam hubungan ini.

“Tapi saya tak boleh bercakap bagi pihak dia sama ada dia dah ready atau tak. Apa pun saya percaya hidayah itu milik Allah dan jika dia ditakdirkan untuk saya, maka InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Awww sweetnya😍 min ingat yg perempuan tu pun korean 😅 Kredit Twitter jpbrinx #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar via KhalifahMedia

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Gadis Subang Jaya akui jejaka Korea romantik, macam drama TV – “Masa confess dia bagi bunga, bracelet, siap ada surat tulis tangan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*