Pertama Kali Chaleeda Pakai Tudung,Netizen Terpuk4u Sampai Ajak kahw1n!

 

Jika melihat galeri foto yang dikongsikan penyanyi kelahiran Big Stage 2019, Chaleeda di Instagram, hampir kesemuanya memaparkan gambar dirinya berpenampilan seksi dengan rambut mengurai.

 

Bagaimanapun, penyanyi yang berasal dari Thailand itu mencuri tumpuan umum apabila memuat naik gambar dirinya dalam keadaan berhijab buat pertama kali di Instagram.

 

Dalam perkongsian foto tersebut, Chaleeda menggayakan tudung berwarna merah yang dipadankan dengan baju kelabu.

 

Lebih menarik perhatian, penyanyi berusia 18 tahun itu turut memuat naik status dalam bahasa Melayu.

 

“Boleh tak?” tanya Chaleeda kepada pengikutnya di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Boleh tak?🤔

A post shared by chaleeda (@chaleedaxgilbert) on

Perkongsian foto itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya termasuklah rakan artis.

 

Rata-rata memuji penampilan Chaleeda yang disifatkan kelihatan cukup manis dan ayu.

 

“Boleh wak, perempuan lawa, pakai apa-apa pun lawa.

 

“Ya ampun, comel sangat,” tulis sebahagian netizen.

 

Bahkan, ramai juga lelaki yang meninggalkan komen mendakwa bahawa mereka sudah jatuh hati dengan penampilan Chaleeda itu.

 

“Tiba-tiba jadi crush.

“Nak masuk minang, saya boleh je.

“Boleh jadi isteri dah kot,” tulis antara komen pengikutnya.

 

Sebelum ini Chaleeda menyertai program realiti Big Stage 2019.

 

Bagaimanapun, perjuangan pelantun lagu Pretty Boy itu hanya bertahan sehingga lima minggu sahaja sebelum tersingkir.

 

Chaleeda pernah berduet dengan rapper terkenal, SonaOne menerusi lagu Mind Over Matter pada 2017.

 

Sumber: Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pertama Kali Chaleeda Pakai Tudung,Netizen Terpuk4u Sampai Ajak kahw1n!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*