Fara Hazel Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan Dari Terengganu

Penyanyi Fara Hazel selamat melangsungkan pernikahan dengan suaminya Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Terengganu.

Memetik laporan mStar, merekal telah dinikahkan oleh bapa Fara, Yusri Ishak disaksikan Pendaftar perkahwinan, penceraian daftar dan rujuk orang Islam daerah Petaling, Mohd Khairil Nizam Jaludin kira-kira jam 3.32 petang tadi.

Fara meluahkan rasa syukur kerana majlis itu telah berlangsung dengan sempurna.

“Alhamdulillah, bermulalah tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Ikatan perkahwinan ini datang dengan satu tanggungjawab yang besar.

“Selepas ini, apa-apa pun saya tidak lagi bersendirian dan apa sahaja saya buat lepas ini kena fikirkan suami juga.

“Seperti pasangan lain, harapan saya agar ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat kami,” ujarnya.

Majlis akad nikah itu telah diadakan di Sireh Junjung Banquet Hall, The Strand Mall, Petaling Jaya dan telah dihadiri keluarga dan rakan rapatnya.

Kamal menyerahkan mas kahwin sebanyak RM400 kepada Fara disertai sembilan dulang hantaran berbalas 11 dari pihak perempuan.

Wang hantaran yang diberikan pula adalah sebanyak RM20,000.

Terdahulu, Fara dan Kamal mengadakan majlis pertunangan pada 6 Julai 2019.

Sumber : mStar

Sumber: Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Fara Hazel Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan Dari Terengganu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*