“Dulu Kita Kecek ‘Aku Mung’, Tak Sangka Mung Bakal Jadi Bini Aku,” – Issey Tamat Zaman Duda Ahad Ini

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Issey Fazlisham bakal menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak tiga, Ahad ini.

Issey ketika dihubungi Gempak berkata, majlis akad nikahnya dengan Noor Aimi Mohamed Jamel atau lebih mesra dengan panggilan Aimi pada pagi Ahad ini.

Majlis tersebut dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 pagi di Calamaya Garden 781, Kota Bharu, Kelantan.

“Saya dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Mohon semua doakan majlis kami berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dulu kita kecek ‘aku mung’. Tak sangka mung bakal jadi bini aku. Bismillah. Moga dipermudahkan segala urusan @aimi_jamel @calamayagarden

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Bagaimanapun kata Issey, majlis bakal berlangsung dalam suasana serba sederhana memandangkan ini merupakan perkahwinan kali kedua untuk dia dan Aimi.

“Selepas akad nikah, akan bermula majlis makan-makan pada pukul 9.30 pagi. Majlis kami ini sederhana sahaja, maklumlah ini kan perkahwinan kali kedua kami,” katanya ketawa.

Menurut Issey dia mengenali Aimi sejak di bangku sekolah dan telah bergelar ibu tunggal dua tahun lalu selepas suaminya meninggal dunia kerana terlibat dalam kem4lang4n jalan raya.

“Saya sudah lama merancang untuk berkahwin dengan Aimi dan rasanya sudah tiba masa yang sesuai untuk kami bersatu,” katanya.

Terdahulu, Issey mengumumkan mengenai majlis perkahwinannya semasa mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali.

Sebelum ini Issey pernah memberitahu sedang bercinta namun, merahsiakan identiti teman istimewanya itu.

 

Antara komen rakan artis dan netizen:

 

Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 32, pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun berpisah setahun kemudian dan tidak mempunyai cahaya mata.

Sumber: astro gempak / diari.vvip.blog

Sumber:Kasiviral

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Dulu Kita Kecek ‘Aku Mung’, Tak Sangka Mung Bakal Jadi Bini Aku,” – Issey Tamat Zaman Duda Ahad Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*