Selepas enam hari pemerg14n anakanda tercinta,Alif Johan,penyanyi Nora Ariffin memberitahu bakal berangkat mengerjakan umrah pada 18 Mac depan.
Perkara tersebut dikongsi Nora menerusi posting di akaun Instagram (IG)nya.
Nora turut berharap agar niat dan urusannya dipermudahkan Allah SWT.
“Insya Allah dengan izin Nya,saya akan meneruskan umrah pada 18 Mac 2020 nanti”.
“Kepada yang akan bersama saya,mudah-mudahan dapat kita bertemu berkenalan,menjalinkan ukhuwah dan berkongsi pengalaman serta paling penting sama-sama beribadah mengerjakan umrah.”
“moga Allah permudahkan niat kita.Terima kasih semua ,salam rindu Mekkah” tulisnya.
Kali terakhir Nora menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah pada Disember tahun lalu dan itu merupakan umrah pertamanya tanpa arwah suami ,komposer Johan nawawi.
Johan Nawawi kembali ke rahmatullah pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun,akibat serangan jantung.
Sumber:Gempak
Be the first to comment on "Selepas Pemergian Alif, Nora Ariffin Teruskan Hasrat Mengerjakan Umrah"