“Saya Kena Adil..” – Shira Dedah Sesuatu Disebalik Keputusan PT3 Yang Diperoleh Anaknya Itu

Perkongsian keputusan PT3 anak lelaki Sharifah Shahira di Instagram menarik perhatian orang ramai yang geli hati melihat kenyataannya itu. 

Penyampai radio Suria FM itu mengatakan, di zaman dia sehingga ke anaknya sering menerima keputusan D, namun jangan sesekali mengh1n4 anaknya.

 

Memetik laporan Harian Metro, Shira menyatakan dia tidak peduli segala tanggapan negatif orang ramai mengenai tindakannya memuat naik keputusan anak lelakinya itu.

Airell yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati hanya mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris manakala D (Bahasa Melayu), D (Bahasa Melayu Lisan), F (Sejarah), F (Geografi), D (Pendidikan Islam), D (Matem4tik), D (Sains) dan D (Reka Bentuk dan Teknologi).

“Saya kena adil. Kalau keputusan anak sebelum ini saya kongsikan, jadi untuk anak yang ambil keputusan PT3 kali ini pun saya memuat naik di Instagram. 

Saya tahu tahap akademik anak. Tak tahu nak buat apa lagi, tapi mungkin salah saya kerana kurang beri perhatian kepadanya.

Walaupun menghantarnya ke pusat tuisyen, tapi saya lihat minatnya lebih kepada menonton YouTube. Namun, saya sering memberi nasihat dan mengingatkan dia mengenai kehidupan dan masa depan, katanya.

Shira berkata, dia sudah menjangka keputusan yang bakal diterima anak lelakinya itu dan tidak memarahinya.

Anak sudah dapat jangka saya akan kongsikan keputusannya di Instagram. Saya tak rasa dia malu atau sedih sebab ada perkara lain yang dia tak suka saya kongsikan di Instagram berbanding keputusannya itu.

Meskipun cikgu di sekolah minta hantar anak ke sekolah swasta tapi saya tak rasa itu cara terbaik.

Sekarang ini saya nak simpan duit sebab banyak komitmen yang perlu ditanggung selain semua anak akan dihantar belajar ke kolej nanti,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bonding time with son of ejoy @ejoyazari @airellkyo Lama tak kluar Best jugak Nights of Fright kat sunway lagoon. …. Ketawaaaaa je #SLNOF7 #NightsOfFright7 #SunwayLagoonMY

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Shira memang sempoi tetap jadi penyokong setia anak-anak tanpa mengira tahap kecemerlangan akademik, kerana kejayaan bukan diukur pada kepandaian yang terbukti dengan segulung sijil semata-mata. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : – CARI via KhalifahMedia

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya Kena Adil..” – Shira Dedah Sesuatu Disebalik Keputusan PT3 Yang Diperoleh Anaknya Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*