Amyra Rosli & Amar Baharin Dedah Jantina Anak. Bakal Timang Anak Perempuan

Pasangan pelakon, Amyra Rosli, 28, dan Amar Bahrin, 34, bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada bulan Februari 2020.

Teruja menanti kehadiran insan baharu sebagai penyeri rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu, Amar akui terkejut kerana menyangka akan menerima anak lelaki.

“Saya betul-betul terkejut sebab ingatkan bakal timang anak lelaki tapi rupanya Amyra sengaja nak buat kejutan.

“Selama ini saya teman Amyra ke kedai buku dia selalu beli buku mengenai lelaki. 

“Malah kalau ke klinik untuk membuat pemeriksaan pun dia tak bagi saya teman untuk masuk ke dalam bilik untuk berjumpa doktor.

“Jujur saya gembira dengan pengumuman ini kerana saya bakal menerima cahaya mata perempuan dan cukup la sepasang dalam keluarga kami,” katanya kepada Gempak.

Amyra dan Amar ditemui pada majlis pengumuman jantina yang diadakan di Bangsar Village 2 sebentar tadi.

Sementara itu, Amyra memohon doa agar segala proses berjalan dengan lancar dan selamat.

“Anak pun masih dalam kandungan lagi dan dijangka lahir pada Februari tahun depan.

“Tolong doakan semoga urusan bersalin saya dipermudahkan,” katanya lagi.

Terdahulu, sempena ulang tahun Amar yang ke-34 Ogos lalu, Amyra membuat kejutan terindah apabila dia mengumumkan berita kehamilannya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: astro gempak/diarivvip

Sumber:LepatPisang

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Amyra Rosli & Amar Baharin Dedah Jantina Anak. Bakal Timang Anak Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*