9 Selebriti Wanita Malaysia Jelita Di Usia 40an

Kalau dah digelar sebagai selebriti Malaysia atau public figure, mestilah kena jaga penampilan diri supaya kelihatan sihat dan cantik. Oleh kerana itu, ramai Selebriti Malaysia yang masih kelihatan cantik jelita walaupon telah mencecah umur 40-an.

Artikel kali ini, Tubeviral ingin senaraikan 9 selebriti Malaysia yang nampak muda dari umur sebenar. Memang jelita dan patut dijadikan contoh kepada wanita di luar sana.

Dato Sri Siti Nurhaliza (40 Tahun)

Dato Siti dilahirkan pada 11 Januari 1979 telah menyambut hari lahirnya yang ke-40 tahun ini dengan meriah bersama peminat-peminat beliau dan rakan selebriti lain.

Selepas setahun berehat untuk menyambut kelahiran Siti Aafiyah, Dato Siti akan kembali beraksi dan bakal mengadakan konsert jelajah. Penampilan Dato Siti sekarang memang lebih cantik dan nampak lebih muda dari usianya.

Noorkhiriah (40 Tahun)

Noorkhiriah dilahirkan pada 18 April 1979 dan merupakan pelakon dan pelawak terkenal di Malaysia.

Banyak kali juga TubeViral tengok wajah Noorkhiriah tanpa makeup di Instagram beliau. Memang jeles tengok wajah muda Noorkhiriah, “flawless” habis.

Noorkhiriah juga ada kongsikan produk Jus Bidan Dara di IG beliau, mungkin ini rahsia beliau yang sentiasa nampak muda dan langsing walaupon telah mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak angkat perempuan. Tapi memang nampak macam “adik-adik” kan? Hehehe

Maya Karin (40 Tahun)

Maya Karin dilahirkan pada 29 October 1979 dan berdarah kacukan Jerman-Melayu. Maya Karin memang aktif di Social Media terutama Twitter, lebih 1 juta follower.

Siapa sangka, memiliki wajah muda remaja tetapi telah pun berusia 40 tahun. Memang tiada beza dengan masa awal-awal penglibatan Maya Karin dalam dunia seni, sentiasa nampak muda remaja.

 

Yasmin Hani (40 Tahun)

Yasmin Hani dilahirkan pada 11 Jun 1979 dan merupakan pelakon dan pengacara di Malaysia. Beliau kini menjadi pengacara rancangan Hello Doktor yang ditayangkan di TV3 Malaysia.

Kalau melihat penampilan Yasmin Hani sebagai host Hello Doktor, memang tak sangka beliau telah berusia 40 tahun. 

Mungkin kerana gaya hidup sihat dan aktif bersenam menjadi punca Yasmin Hani nampak muda belia walaupon telah mempunyai 2 orang anak.

Rita Rudaini (43 Tahun)

Rita Rudaini merupakan salah seorang pelakon wanita popular di Malaysia. Beliau boleh dikategorikan sebaga pelakon senior kerana penglibatan dengan dunia seni sejak tahun 1998.

Rita yang dilahirkan pada 11 April 1976 kini berusia 43 tahun dan mempunyai 2 orang anak.

Rita Rudaini antara pelakon Malaysia yang sentiasa kelihatan cantik dan kekal langsing sejak dari dulu lagi. Menurut beliau, pergi ke Gym dan minum banyak air adalah rahsia untuk sentiasa nampak muda dan cantik.

Erra Fazira (45 Tahun)

Pernah menjadi Miss Malaysia pada tahun 1992, Erra Fazira tetap nampak jelita walaupon telah berusia 45 tahun. Beliau dilahirkan pada 9 Februari 1974 dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 10 tahun.

Dengan penampilan bertudung, pelakon kekal jelita dan langsing ini memang nampak lebih muda dari umurnya.

Rozita Che Wan (46 Tahun)

Siapa tak kenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama panggilan, Che Ta.  Beliau dilahirkan pada 9 Mac 1973 kini berumur 46 tahun. Beliau kini mempunyai 3 orang iaitu 2 lelaki dan seorang perempuan.

TubeViral memang suka betul tengok gaya penampilan Che Ta di Instagram beliau. Memang sentiasa nampak jelita.

Malah, sebelum ini pernah viral apabila ada pereka fesyen yang ded4hkan ukuran badan Che Ta memang tidak berubah sejak 13 tahun dulu.

Amy Mastura (48 Tahun)

Ini salah seorang Selebriti Malaysia yang sentiasa nampak muda seperti tidak dimamah usia.

Amy Mastura dilahirkan pada 10 May 1971 dan mula aktif sebagai penyanyi pada tahun 1993. Walaupon dan berusia 48 tahun dan mempunyai 2 orang anak, Amy tetap nampak muda dan jelita seperti remaja.

Menurut Amy,  sentiasa positif, ceriakan diri dan kehidupan merupakan rahsia untuk nampak awet muda.

Nasha Aziz (48 Tahun)

gambar terbaru dari IG peminat

TubeViral ingat lagi dulu, memang minat sangat Nasha Aziz dalam filem Laila Isabella. Gaya tomboy dalam filem memang kena sangat la, pandai Nasha bawakan watak tersebut.

TubeViral tak jumpa gambar terbaru yang diupload oleh Nasha Aziz tetapi ini gambar-gambar selfie bersama peminat sekitar bulan Feb 2019.

Bila tengok Nasha sekarang memang tak banyak beza, masih cantik langsing seperti dulu.

Nasha Aziz sebenarnya dilahirkan pada  14 Mei 1971 dan kini berusia 48 tahun.

Ini antara Selebriti Wanita bagi TubeViral memang masih jelita dan langsing. Walaupon umur meningkat tetapi tetap nampak muda dan tak makan tua.

Sumber : MissViral

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "9 Selebriti Wanita Malaysia Jelita Di Usia 40an"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*