Sudah Dapat 18,000 Pengikut, Ayah Kerja Kilang Tidak Kisah Anak Mirip Neelofa Mahu Jadi Artis

Kanak-kanak cilik yang mempunyai iras rupa Neelofa berjaya mencapai impiannya yang sudah sekian lam selepas berkaya bertemu dengan artis kegemarannya itu pada rancangan MeleTOP beberapa hari lepas.

Kredit foto: Blog

Ayahnya iaitu Che Fadhlullah, 32 menganggap bahawa jemputan itu adalah rezeki buat anak sulungnya itu. Kanak-kanak itu juga gembira dengan pertemuan tersebut sehingga tidak henti menceritakan hal tersebut walaupun sudah sampai ke rumah.

“Dia memang gembira. Masa dalam kereta lepas balik dari program tu, dia cakap seronok dapat jumpa Neelofa. Sampai rumah pun dia bercerita hal sama pada sepupu-sepupu,” katanya kepada mStar.

Kredit foto: Blog

Menurut lelaki tersebut, dia tidak menolak sekiranya terhadap pihak yang ingin memberi tawaran kepada Naura dalam bidang seni.

“Saya pun bukan kerja bagus, kerja kilang sahaja. Kalau ada orang bagi tawaran berlakon, jadi model atau iklan, saya tak tolak.

“Tapi janganlah sampai ia menjejaskan Naura, sebab dia masih kecil. Tapi saya anggap rezeki, untuk simpanan masa depan dia juga,” katanya.

Fadhlullah juga mended4hkan bahawa dia mula perasan anak perempuannya iaitu mempunyai iras wajah Neelofa apabila beberapa rakan Facebooknya meninggalkan komen berkata begitu pada gambar Naura.

Kredit foto: Blog

“Mula-mula saya macam tak percaya. Nak mengaku nanti orang cakap perasan. Jadi saya post macam biasa lepas tu ramai komen kata macam Neelofa,” katanya.

Baru sahaja tular, kanak-kanak berusia 5 tahun itu sudah pun berjaya meraih 18,000 pengikut di laman Instagram rasminya. Untunglah!

Kredit foto: IG

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Me and kak Lofa 💖

A post shared by nauraauni.official (@nauraauni.official) on

Bestnya muka macam Neelofa! 

 

Sumber : Cari

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Sudah Dapat 18,000 Pengikut, Ayah Kerja Kilang Tidak Kisah Anak Mirip Neelofa Mahu Jadi Artis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*