Issey ‘off market’, selamat akhiri zaman duda dengan ibu tunggal anak tiga

PENYAMPAI radio Suria FM Issey akhirnya menamatkan zaman duda apabila sah bergelar suami kepada seorang ibu tunggal anak tiga bernama Noor Aimi Jamel, 32, dengan sekali lafaz pada Ahad.

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 9.45 pagi itu disempurnakan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji iaitu Tengku Mahmud Tengku Ibrahim yang berlangsung di Calamaya Garden 781, Kota Bharu, Kelantan.

 Majlis tersebut disaksikan kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.

Issey memilih Noor Aimi Jamel sebagai pasangan hidupnya.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran.

Issey sebelum ini pernah mengakui kepada media sedang mengenali hati budi seorang wanita namun dir4hsiakan identitinya.

Bagaimanapun pada 12 Disember lalu, semasa mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali, Issey membuat pengumuman istimewa apabila mengesahkan untuk berkahwin dengan seorang kenalan lama sejak di bangku sekolah.

Sebelum ini Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 namun membuat keputusan untuk bercer4i pada 21 Ogos 2016.

 

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Issey ‘off market’, selamat akhiri zaman duda dengan ibu tunggal anak tiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*