Sehari 18 jam di lokasi- Izara Aishah Sibuk Dengan Karier , Tiada Masa Bersama Keluarga

SELEPAS berkahwin pada November 2017, pelakon jelita Izara Aishah sibuk dengan karier hingga tidak ada masa bersama keluarga.

Kadangkala dia terlepas untuk menghadiri majlis yang diadakan keluarga sebelah mentuanya.

Situasi itu menyebabkan Izara memvtuskan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan.

Walaupun suami, Adib Khalid mengizinkannya terus berlakon, sebagai isteri dia sedar perkara yang perlu diutamakan.

“Sepanjang tempoh berehat, banyak juga tawaran yang saya tolak. Namun, syarikat produksi tahu saya tidak akan berhenti berlakon dan mereka selalu tanya. Saya maklumkan kepada mereka, saya hanya akan aktif semula tahun hadapan.

“Alhamdulillah, mereka faham. Saya bersyukur kerana sehingga kini syarikat produksi, stesen televisyen dan pengarah tidak lupakan saya. Mereka sentiasa menghubungi saya untuk tawarkan projek baharu.

“Saya juga bersyukur dan lega kerana suami faham dan merestui karier saya sebagai pelakon. Cuma, selepas ini tidak ada lagi drama panjang seperti Jodoh Jodoh Anisa sebanyak 100 episod yang tempoh penggambaran mengambil masa setahun,” katanya.

Bekerja hampir 18 jam sehari sepanjang penggambaran, Izara hanya mempunyai sedikit masa untuk diluangkan bersama suaminya.

Situasi itu menyebabkan dia mungkin tidak mahu lagi berlakon siri episod panjang dalam masa terdekat.

Tampil dengan siri baharu berjudul Ombak Rindu The Series, drama yang ditayangkan menerusi platform penstriman Iflix, Izara tetap menjaga batas supaya tidak melakukan babak romantis secara berlebihan dengan gandingannya, Remy Ishak.

“Suami mengizinkan untuk berlakon adegan mesra tetapi selaku isteri saya juga perlu meletakkan batas bagi menjaga hati suami serta keluarga. Saya boleh berlakon babak romantis tetapi tidak secara berlebihan dan keterlaluan. Itu jugalah syarat yang saya berikan kepada syarikat produksi sebelum setuju menerima tawaran mereka.

“Dalam Ombak Rindu The Series memang ada beberapa babak romantis tetapi saya maklumkan kepada pengarah iaitu Osman Ali mengenai perkara berkenaan. Dia tidak mempunyai masalah dengan syarat saya itu dan memahaminya,” katanya.

Bercakap mengenai perancangan tahun 2020 yang kian menjelma, selain kerjaya, Izara tanpa berselindung berkata, dia sudah sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu.

“Selain kembali aktif dunia lakonan saya juga berharap ada rezeki anak. Dulu ketika baru saja mendirikan rumah tangga, saya katakan pada suami hasrat menimang cahaya mata pada 2020. Insya-Allah, kalau Allah berikan rezeki, saya sudah sedia bergelar ibu.

“Dua tahun mendirikan rumah tangga, memanglah ada saudara-mara dan peminat yang bertanya mengenai hal ini tetapi saya tidak ambil hati pun. Itu adalah lumrah dan semua orang akan melalui pertanyaan seperti ini,” katanya.

IZARA Aishah.

Tutup ruangan komen Instagram

Menyedari perlu lebih aktif dalam media sosial, Izara bagaimanapun masih keberatan untuk membuka ruangan komen di Instagram walaupun disarankan suami.

Izara berkata, dia membuat keputusan untuk menutup ruangan komen kerana khuatir ia dipenuhi komen neg4tif.

“Saya bukan individu yang aktif dalam media sosial hingga semua gambar dikongsikan menerusi media sosial. Kalau berkaitan kerja pun, kadangkala saya lupa untuk muat naik.

“Suami suruh buka ruangan komen tetapi saya lebih selesa seperti sekarang ini. Biarlah mereka simpan komen itu pada diri sendiri. Saya tidak suka ada dalam kalangan mereka yang komen buruk tetapi di hadapan saya pula berbeza.

“Kalau mereka mahu komen buruk, buatlah menerusi media sosial orang lain tetapi bukan Instagram saya. Sekarang pun saya masih mempertimbangkan sama ada menyahut saranan suami atau tidak,” katanya.

Mempunyai akaun Instagram khusus buat keluarga dan rakan terdekat, Izara bagaimanapun membuka ruangan komen untuk gambar produk dan promosi bagi membolehkan peminat bertanya soalan lebih lanjut.

“Kadangkala untuk gambar berbentuk promosi atau produk, saya akan buka komen sebab akan ada yang inginkan maklumat lebih lanjut. Maka, saya akan ambil inisiatif untuk balas.

“Tetapi, kadangkala komen yang tidak ada kaitan dengan gambar pun penuh di ruangan komen. Namun, saya tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah permintaan produksi atau pemilik produk untuk buka ruang komen,” katanya.

 

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Sehari 18 jam di lokasi- Izara Aishah Sibuk Dengan Karier , Tiada Masa Bersama Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*