Lelaki Guna ‘Pendrive’ Cari Pemilik Dompet Berisi RM1200

Sikap jujur sememangnya sangat ditagih dalam diri setiap orang agar kehidupan menjadi lebih harmoni. Pada dunia hari ini, tidak mudah untuk melihat kejujuran yang dipraktikkan di sekeliling kita.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang gadis telah berkongsikan bahawa dia secara tidak sengaja tercicir dompetnya. Pada mulanya, gadis yang menggunakan nama akaun Facebook Ameylia Nabila Azman itu mengatakan bahawa dompetnya tercicir selepas meletakkan di atas bumbung kereta.

Individu hubungi untuk pulangkan dompet tercicir

Walau bagaimanapun, mujurlah terdapat seorang individu yang bertanggungjawab menghubunginya memaklumkan mengenai perkara itu.

Tambahnya, lelaki itu bijak untuk mencari nombor telefonnya bagi memulangkan dompet tersebut. Apa yang menarik, lelaki berkenaan memanfaatkan pendrive yang terdapat di dalam dompet untuk mendapatkan nombor telefonnya.

Ada Rm1200 dalam dompet

Setelah diperiksa, duit di dalam dompet berkenaan tidak berkurangan langsung. Walaupun jumlah wang yang terdapat dalam dompet tersebut sekitar RM1200, namun sikap jujur melebihi segalanya.

Kejujuran lelaki berkenaan mendapat perhatian rata-rata netizen yang memuji tindakannya. Malah, menurut gadis berkenaan, wang di dalam dompetnya tidak kurang langsung walaupun RM1.

“Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa budi baik orang jujur”

“Alhamdulillah..nampak jujur budaknya..jangan lepaskan peluang kak”

“Mana nak jumpa orang jujur kalau ada pun 1000 dalam 1 ja”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Ameylia Nabila Azman via Siakap keli

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lelaki Guna ‘Pendrive’ Cari Pemilik Dompet Berisi RM1200"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*