“Ini Bukan Perkara Mustahil, Kalau Ada 6 Juara Pun Saya Okay, ” – Naqiu Boboy

Meski masih lagi dalam rasa terkejut saat diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 6 (GV6) bersama Hady Mirza, Naqiu mended4hkan pada awalnya dia terp1nga-p1nga, lebih-lebih lagi apabila melihat wajahnya bersama ‘rakan juara’ terpampang di skrin.

Bintang berusia 33 tahun itu menambah, ketika itu dia masih ternanti-nanti siapa bakal juara dan tidak menyangka buat pertama kali dalam sejarah, GV mengangkat dua juara sekali gus.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#LiveUpdateMO Kesayangan Naqiu semua, akhirnya saya berjaya hingga ke pentas final. Alhamdulillah. Naqiu ‘Kembali Berontak Dalam Rentak’ dengan lagu ‘Srikandi Cintaku’ & battle bersama #HadyMirza untuk lagu ‘Haa Tepok’ pada konsert akhir Gegar Vaganza musim keenam. Doakan segalanya dipermudahkan! ❤️🙏🏻 . Management: @mindorder Photographer & Videographer: @neonpixelofficial Makeup: @kasihcicie Hair: @nurulshukor_official Designer: @eusopthsalleh_official IEM: @ezd_acoustic_my Fans Club: @naqiurious . #MindOrder #MindOrderManagement #NaqiuxMindOrder #NaqiuBoboy #NaqiuGV19 #Naqiurious #GV6 #GegarVaganza2019 #GegarVaganza @gegarvaganzaofficial

A post shared by Naqiu (Boboy) (@thisisnaqiu) on

“Saya blur. Itulah kenyataannya. Saya fikirkan mungkin Astro sengaja meletakkan dua gambar. Namun ia masih begitu dan tiba-tiba saya mendengar pengumuman Gegar Vaganza punya dua juara.

“Saya blur sampai terlupa trofi. Saya bertanya kepada Hardy, kita berdua juara?,” katanya jujur.

Menepis d4kw4an yang mengaitkan kemenangan bersama sebagai ‘juara dirancang’, sebagaiman yang dibayangkan sesetengah pihak, Naqiu akui Hady punya lebih harapan untuk ditabal sebagai juara.

“Sebenarnya saya fikirkan Hady akan menjadi juara kerana saya ada kesilapan lirik di bahagian rap dan sebab itu saya nyatakan saya blur dengan keputusan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah syukur. Terima kasih buat Astro kerana menerima & memberi ruang. Terima kasih pengurusan @mindorder yg memimpin dari awal hingga ke pentas ini. Saya bertuah kerana menjadi sebahagian daripada #MindOrderians. Kalian memang terbaik! . Istimewa terima kasih buat @naqiurious yg sentiasa menyokong setiap minggu dgn jeritan paling kuat, team digital @neonpixelofficial yg sentiasa merakamkan momen, teman media, barisan juri, keluarga & semua yg terbabit! . Kemenangan ini adalah untuk kalian semua. Tanpa sokongan & dorangan kalian semua, saya tidak akan berada di tahap hari ini. Terima kasih sekali lagi. Saya amat menghargai semua ini. Alhamdulillah.. ❤️ . 📸 @neonpixelofficial 🏫 @mindorder 💖 @naqiurious . #MindOrder #MindOrderManagement #Naqiu #NaqiuBoboy #NaqiuxMindOrder #TeamNaqiu #BagilahChanceSikit #WillDoTheBest #NaqiuGV19 #GegarVaganza2019

A post shared by Naqiu (Boboy) (@thisisnaqiu) on

“Sampaikan saya meminta Hady untuk men4mpar muka saya (ketawa) untuk kepastian, adakah ia benar?

“Dia penyanyi yang bagus dan saya akui tidak mampu ‘lawan’ dia.

“Yang terjadi sudah terjadi, tidak dinafikan kami berdua terkejvt adakah pertandingan yang punya dua juara. Namun melihat kembali kepada Sukan Olimpik, pernah ada dua pingat emas dimenangi dalam acara yang sama. Ini bukan perkara mustahil.

“Kalau ada enam juara pun saya okay. Saya berpuas hati dengan apa yang berlaku,” kata Naqiu jujur.,

Atas tiket juara yang diraih, pemilik nama lengkap, Wan Naqiuddin Wan Najib membawa pulang RM100,000, trofi, pakej percutian ke Eropah Timur dan Asia Barat, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan serta penginapan hotel.

Bintang senior, Jatt Ali menduduki tempat  ketiga, Nurfatima di kedudukan keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).

Naqiu dan Hady mendapat markah yang setara, iaitu 87 peratus.

 

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Ini Bukan Perkara Mustahil, Kalau Ada 6 Juara Pun Saya Okay, ” – Naqiu Boboy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*