Kant0i! Nia Ramadhani mengaku kali terakhir cuci pinggan pada usia 12 tahun

APA sahaja yang dilakukan pelakon cantik dari Indonesia, Nia Ramadhani pastinya menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, Nia menerusi sebuah temubual bersama program Ngopi D4ra mended4hkan sudah hampir berbelas tahun dia tidak pernah melakukan kerja rumah mahupun tugasan harian termasuk mencuci pinggan mangkuk.

Menurut Nia, dia sudah hampir 17 tahun tidak pernah ke dapur untuk mencuci pinggan kerana semua itu dilakukan pembantu rumahnya.

“Saya teringin nak tengok Nia Ramadhani mencuci piring.

“Oh ya, alang-alang dah bercakap soal ini, bila kali terakhir kamu mencuci pinggan ya?” soal Jessica.

Kerja rumah sebelum ini diuruskan pembantu Nia Ramadhani.

“Saya kahwin pun dah hampir 10 tahun… Sewaktu saya berusia 12 tahun.

“Eh tidak… semasa baru lahirkan anak sebelum ini saya pernah ajar pembantu untuk cuci pinggan,” jawab Nia.

Nia menjelaskan perkara itu gara-gara pengacara program berkenaan dikenali sebagai Jessica Iskandar yang mencabar Nia untuk membasuh pinggan mangkuk di set penggambaran berkenaan.

Dalam pada itu, Nia tanpa berfikir panjang menyahut cabaran mencuci pinggan yang diberikan kepadanya.

Malah, aksi dia mencuci pinggan di studio itu turut mencuit hati penonton apabila selamba mencuci pinggan tanpa mengenakan sarung tangan yang diberikan padanya.  

 

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kant0i! Nia Ramadhani mengaku kali terakhir cuci pinggan pada usia 12 tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*