Shah Iskandar kes4l ‘berj0li’ ketika laku

KUALA LUMUR: Artis kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz mengaku pernah terlintas kembali kepada profesion perguruan selepas tawaran berlakon tidak serancak dulu.

Berpengalaman dalam bidang pendidikan khas, hasrat Shah, 37, bagaimanapun sering terb4ntut kerana setiap kali mahu melakukannya, dia dihulurkan ‘job’.

Namun, pada masa sama, Shah yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Siti Sarah Mohd Noor, kira-kira tiga tahun lalu, menyangkal d4kw4an status suami orang menjadi punca popularitinya merudum.

“Sebenarnya, saya deg1l kerana tidak mengikut arus permodenan. Kebanyakan pelakon menggunakan media sosial untuk mempromosikan diri.

“Saya pula jarang mengemaskini perkembangan terkini di laman sosial. Isteri sering menegur tetapi saya tidak pandai untuk memberi tumpuan kepada perniagaan dan laman sosial serentak,” katanya kepada BH Online.

Shah mengaku selalu terfikir untuk meninggalkan dunia seni ketika nama masih dikenang.

“Saya mahu tinggalkan industri dengan bermaruah. Tetapi setiap kali hasrat itu timbul, pasti ada saja tawaran diterima.

“Tawaran memang masih ada tetapi tidaklah ‘selebat’ dahulu. Saya baru pulang dari penggambaran di Singapura. Bulan depan pula, saya akan kembali ke set penggambaran filem bersama Zeel Production,” katanya.

Pelakon yang pernah menjulang trofi Pelakon Televisyen Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) dua tahun berturut-turut iaitu pada 2013 dan 2014 mengaku risau dengan kerjaya seni yang sur4m.

“Bohonglah jika saya tidak risau. Saya sering bertanya, apa kedudukan saya dalam industri? Apa salah saya? Adakah saya tidak lagi relevan atau tidak pandai mempromosikan diri? Apakah semuanya berkait dengan dis1plin?” katanya.

Shah berkata, dia tidak pernah cer3wet dan memilih watak baik dalam drama mahupun filem.

“Tetapi saya dapat tahu, nama saya ditolak kerana dikatakan tak sesuai membawa sesetengah watak. Sampai suatu tahap, saya reda dan hanya mampu berdoa.

“Mungkin inilah masanya untuk saya membantu isteri mengembangkan perniagaan spa. Saya juga akan meneroka bisnes makanan, tidak lama lagi,” katanya.

Mengaku wang simpanan makin menipis, Shah kesal tidak beringat ketika berada di puncak kejayaan.

Tambah Shah, isterinya selalu mengingatkan agar membuat tabungan sebagai persediaan masa hadapan.

“Saya menyesal kerana tidak bijak menabung pada zaman bujang. Saya menasihatkan pelakon muda supaya menggunakan peluang ketika ‘laku’ untuk menyimpan.

“Bukan apa. kita tidak tahu nasib kita pada kemudian hari terutama apabila jatuh s4kit. Sebenarnya, banyak kisah boleh kita jadikan iktibar,” katanya.

 

Sumber : BH Online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Shah Iskandar kes4l ‘berj0li’ ketika laku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*