6 Artis Malaysia Kacak Berambut Panjang

Sejak drama Sweet Dreams ditayangkan, populariti Ben Amir memang meningkat naik. Ramai la wanita yang tertarik dengan imej Ben Amir yang berambut panjang tu.

Artikel kali ini Tubeviral akan senaraikan 6 Artis lelaki Malaysia yang pernah berambut panjang dan memang nampak kacak dengan imej sebegitu.

Aedy Ashraf

Pelakon kacak Aedy Ashraf ini pernah berambut panjang suatu ketika dahulu. Malah dia juga tampil dengan imej berambut panjang dalam satu drama lakonan bersama Nelydia Senrose iaitu Cinta Tiada Ganti yang ditayangkan pada tahun 2018 di Astro Prima.

Tengok sajalah penampilan Aedy Ashraf ketika berambut panjang ni. Memang nampak hensem kan.

Tapi ini dulu, sekarang Aedy Ashraf selesa dengan imej rambut pendek dan “messy curl”.

Beto Kusyairy

 

Ini salah seorang pelakon feveret Tubeviral. Bagilah apa jenis watak, mesti dapat dibawa dengan sangat cemerlang.

Beto Kusyairy sekarang memang tampil dengan imej rambut panjang. Miss viral tak sure sama ada imej ini dikekalkan oleh kerana tuntutan kerja sebagai pelakon atau tak. Tapi bagi Tubeviral, Beto memang nampak macho dengan gaya rambut sebegitu. korang setuju tak?

Zahiril Adzim

Sekitar tahun 2017, Zahiril Adzim pernah berambut panjang .

Dia juga ada berlakon sebagai watak utama dalam satu telefilem iaitu Kitab Sijjin dengan imej berambut panjang.

Tubeviral memang suka sangat tengok penampilan Zahiril Adzim ketika itu. Memang sempoi je lagi-lagi dia memang pandai berfesyen dengan gaya street fashion.

Tapi imej rambut panjang tu tak lama kerana Zahiril mula berambut pendek pada November 2017 dan kekal berambut pendek sehingga sekarang.

Farid kamil

Farid Kamil antara artis lelaki Malaysia yang suka menyimpan rambut panjang. Kejap rambut panjang, kejap rambut pendek tetapi kedua-kedua imej ni memang sesuai dengannya.

Mesti korang pernah tengok filem Lagenda Budak Setan lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani. Perasan tak gaya rambut Farid Kamil dalam filem tu. Farid Kamil melakonkan watak pelajar bermasalah iaitu Kashah dengan imej rambut panjang. Memang hero pujaan la waktu tu.

Selain itu, Farid Kamil juga berambut panjang dalam filem J Revolusi sebagai watak antagonis.

Mana lagi korang suka, Farid Kamil berambut panjang atau berambut pendek?

Noh Hujan

Vokalis kumpulan Hujan ni memang selesa berambut panjang sejak dulu lagi. Sampai Tubeviral pon dah lupa bila kali terakhir tengok dia berambut pendek.

Tapi Tubeviral memang suka tengok imej rambut panjang Noh ni, lagi-lagi bila dia buat konsert atau show. Memang Jeles tengok rambut dia yang nampak lebat dan lembut tu.

Ini antara gambar-gambar Noh Hujan berambut panjang. Hensem tak?

Ben Amir

Imej rambut panjang ni la antara punca nama pelakon Ben Amir semakin dikenali. Lagi-lagi bila imej rambut panjang ini dikekalkan untuk watak Qash dalam drama terbaru Ben Amir iaitu Sweet Dreams.

Tapi memang hensem kan? Lagipon Tubeviral dah bosan tengok pelakon utama drama dengan rambut pendek dan kemas. Sekali-sekala messy hair macam ni pon okay jugak kan.

Ini antara Artis Malaysia yang bagi Tubeviral memang kacak bila berambut panjang. Ada artis lelaki lain yang Tubeviral lupa nak mention? Korang boleh komen di bawah okay.

Kalau suka artikel ni, jangan lupa komen atau share. Bye!

 

Sumber : Miss Viral

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "6 Artis Malaysia Kacak Berambut Panjang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*