Rezeki dua juara

WALAUPUN terkejut dengan keputusan dibuat juri, namun dua pesaing dan peserta paling hangat diperkatakan bakal menjadi juara program realiti popular Gegar Vaganza musim keenam (GV6) iaitu Naqiu dan Hady Mirza tetap gembira apabila diumumkan juara bersama malam Ahad lalu.

Pertama kali dalam sejarah apabila dalam program realiti pencarian bakat di Malaysia, juri GV6 sepakat memutuskan untuk menghadiahkan gel4ran juara kepada dua peserta.

Kedua-dua mereka meluahkan rasa gembira apabila diumumkan juara bersama kerana sebelum pertandingan berlangsung, Naqiu dan Hady saling mengucapkan bahawa pasti seorang daripada mereka menjadi juara.

Ditemui pada majlis sidang akhbar selepas konsert akhir GV6 berakhir dan juara diumumkan kata Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Wan Najib, dia selalu menyatakan kepada Hady yang penyanyi kelahiran Singapura itu akan menjadi juara.

“Hady pun selalu menyatakan perkara sama, tapi tidak sangka pula di pengakhiran persaingan ini kami sama-sama diangkat sebagai juara. Ia satu kegembiraan berganda buat kami,” katanya.

Kata bekas penyanyi utama kumpulan Boboy itu, dia dan Hady saling mengidolakan antara satu sama lain, jadi pada mereka secara peribadi kemenangan bersama itu tidak perlu dijadikan isu.

Kata Naqiu, jujur sepanjang bersaing hampir 11 minggu untuk GV6, dia menyimpan impian untuk bergelar juara.

“Malam ini kejuaraan itu saya sudah pun peroleh. Impian menjadi nyata. Syukur dan alhamdulillah. Apa yang nak saya dapat.

“Jadi saya tidak mahu memikirkan atau cuba mempertikaikan keputusan kenapa ada dua juara. Malah hadiah pun tidak dikongsi.

“Setiap juara menerima imbuhan sama. Bermakna rezeki diberikan ini lebih dan kami boleh berkongsi dengan ramai lagi,” katanya.

HADY dan Naqiu menyampaikan persembahan pada Malam Final Gegar Vaganza musim keenam yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Juara GV6 menerima hadiah wang tunai RM100,000 berserta piala, pakej percutian dan hadiah iringan yang lain.

Ditanya mengenai apa yang akan dilakukan dengan wang kemenangan kata Naqiu, dia sudah berbincang dengan isterinya setengah daripada jumlah terbabit akan diserahkan kepada beberapa rumah anak yatim terpilih.

Kata Hady pula, dia tidak menjangka apabila diumumkan juara kerana sebagai peserta dia tahu akan kelebihan dan kekurangan yang dilakukan ketika mengadakan persembahan.

“Ketika mengadakan persembahan solo mendendangkan lagu Ku Bersuara yang dipopularkan Ernie

Zakri saya tahu kelemahan dilakukan terutama bahagian teknikal. Itu sebabnya saya tidak menjangka untuk muncul juara,” katanya.

Katanya, sepanjang pertandingan berlangsung dan apabila ada yang menyatakan dia bakal bergelar juara GV6, dia tidak terlalu memikirkan mengenainya.

“Apabila ditawarkan untuk menyertai GV6 ini, saya menerima dan menikm4ti segala kemudahan serta kelebihan untuk berkarya dan menyanyi.

“Saya menikm4ti setiap momen dan tidak sangka pada akhir pertandingan diumumkan juara. Rezeki dua juara,” katanya.

Menyentuh mengenai wang kemenangan diperoleh kata Hady, dia merancang menggunakannya untuk membawa ahli keluarga menunaikan umrah.

 

 

Sumber : Metro

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Rezeki dua juara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*