Abadikan hari bahagia bersanding di atas rakit buluh

SUNGAI SIPUT: Seorang pesara bomba mencipta kelainan di hari bahagianya bersama pasangan dengan bersanding dan di4rak menaiki rakit buluh sepanjang Sungai Perak, di Kampung Jawang, di sini pada Ahad lalu.

Peristiwa bersejarah bagi pasangan Meor Shamsuddin Meor Mohamed, 61, dan Che Mah Abdul Rahman, 57, itu menjadi perhatian ramai apabila ia tul4r di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pasangan terbabit di4rak sejauh kira-kira 700 meter menaiki rakit buluh berukuran 4.6 meter panjang dan 1.2 meter lebar selain terdapat dua lagi individu yang bertindak sebagai pengapit mereka di atas rakit berkenaan.

Meor Shamsuddin berkata, perkara itu dilakukannya semata-mata bagi menonjolkan kelainan di hari bahagianya bersama isteri sekali gus dapat mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di kampung mereka.

“Walaupun tiada pasukan keselamatan mengiringi kami, namun aspek keselamatan sangat dititik beratkan ketika majlis itu.

“Ketika majlis berlangsung terdapat tujuh bot mengiringi rakit, termasuk yang membawa pasukan kompang serta terdapat tiga individu lagi bertindak berenang dalam sungai untuk mengemudi rakit dan kami semua memakai jaket keselamatan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Meor Shamsuddin dan isterinya Che Mah. – NSTP/Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Meor Shamsuddin berkata, pada mulanya hasrat itu dib4ntah oleh kakaknya selain tidak dipersetujui oleh pengantin wanita, namun akhirnya mendapat sambutan baik oleh ahli keluarga serta rakan demi kebaikan kampung terbabit hingga membuatkan mereka akhirnya faham dan akur.

Katanya, pengalamannya sebagai anggota bomba sebelum ini membuatkan dia sangat menitikberatkan aspek keselamatan sewaktu perarakan berakit itu selain sudah biasa dengan sungai berkenaan yang menjadi sumber rezekinya ketika muda.

“Ada andaian sungai ini ada buaya, namun setakat ini belum pernah ada laporan penemuan haiwan itu oleh penduduk kampung,” katanya.

Meor Shamsuddin yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah memandu berkata, perkahwinannya bersama Che Mah adalah yang kedua bagi mereka selepas masing-masing berpis4h dengan pasangan terdahulu.

Katanya, keunikan majlis perkahwinannya itu membuatkan ia dihadiri tetamu di luar jangkaan, terutama penduduk kampung yang turut sama memeriahkannya.

“Alhamdulillah hasrat saya mengadakan upacara bersanding atas rakit itu turut mendapat sambutan walaupun saya sendiri mengeluarkan belanja sekitar RM250 untuk mendapatkan buluh serta upah pengiring yang mengemudi rakit kami,” katanya.

 

Sumber : BH Online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Abadikan hari bahagia bersanding di atas rakit buluh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*