“Kurus Keding, Muka Panau Sana Sini” – Hairul Azreen Imbau Kenangan Ketika Mula ‘Terjun’ Ke Dunia…

Pelakon, Hairul Azreen menarik perhatian ramai apabila memuat naik gambar lamanya ketika mula berkecimpung dalam dunia peragaan.

Memaparkan wajahnya ketika berumur 19 tahun, Hairul menjelaskan tujuan dia memuat naik gambar tersebut hanyalah untuk bersyukur dengan apa yang dikecapi ketika ini.

“Saya akan selalu post gambar ni supaya tak lupa seorang budak Serdang yang cita-cita nak jadi pelakon aksi konon.

“Tak sedar dia kurus keding, rambut tak tau nak sikat belah mana selebet. Muka panau sana sini lepas tu ni je satu seluar jean yang dia ada tu pun rembat abang punya haha kenangan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya akan selalu post gambar ni , Supaya tak lupa seorang budak Serdang yg cita2 nak jadi pelakon aksi konon! tak sedar dia kurus keding, rambut tak tau nak sikat belah mana🤣 selebet, muka panau sana sini lepas tu ni je satu seluar jean yg dia ada tu pun rembat abg punya haha kenangan , Jadi ni gambar masa saya umur 19tahun , mula2 casting nak jadi model 🖖🏾sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2020 dah Alhamdulilah dgn segala rezeki & dapat kawan2 yang baik di sisi #SerdangHebat #TheBestNeverRest

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Tambah Hairul, gambar berkenaan juga merupakan momen penting ketika dia mula ‘casting’ untuk menjadi seorang model.

“Jadi ni gambar masa saya umur 19 tahun. Mula-mula nak casting nak jadi model, sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2020 dah.

“Alhamdulilah dengan segala rezeki dan dapat kawan yang baik di sisi,” katanya.

Menerusi ruang komen rata-rata pengikut Instagram Hairul memuji dengan semangat dan usahanya untuk berjaya.

Tidak kurang juga rakan artis yang kagum dengan kejayaan Hairul sekarang termasuklah Zahiril Adzim, Shuib Sepahtu, Erry Putra dan Shaharul Ridzwan.

Pada yang tidak tahu, filem lakonan Hairul Azreen iaitu Wira kini sedang ligat ditayangkan dipawagam.

Filem aksi arahan Adrian Teh itu telah menerima pelbagai pujian daripada peminat serta pengkritik filem.

Jika belum tonton, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri naskhah terbaru Adrian di pawagam.

Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kurus Keding, Muka Panau Sana Sini” – Hairul Azreen Imbau Kenangan Ketika Mula ‘Terjun’ Ke Dunia…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*