[FOTO] Gambar Makcik Fazura Yang Tidak Didedahkan! Memang Keturunan Cantik-Cantik!

Itulah tajuk email yang kami terima daripada saudari Zarina. Kalau betullah ini adalah makcik Fazura, memang cun-cun belaka keluarga Fazura nie. Like auntie, like niece. Nama beliau Pengiran Bini Hajah Faizah bt Dato’ Hj Nasir (berkahwin Pengiran Sufri dari 1999 – sekarang-ibu saudara Fazura).

Kenali Adinda Lelaki Sultan Brunei :-

Tahukan anda bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mempunyai tiga orang adinda lelaki sahaja daripada ibu yang sama iaitu KDYMM Paduka Suri Sri Begawan Raja Pangiran Anak Damit binti Al-Marhum Y.A.M. Pangiran Anak Abdul Rahman. Adinda-adinda perempuan Baginda Sultan adalah seramai enam orang. Dibawah adalah photo terbaru adinda-adinda lelaki Baginda Sultan bersama isteri masing-masing.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Isteri Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah. Diputerakan pada 27 Ogos 1947 di Istana Darussalam, Kampong Sumbiling Lama, Bandar Brunei atau sekarang dikenali sebagai Bandar Seri Bagawan. Berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah bt Y.A.M. Duli Pangiran Pemancha Sahibul-Rai’ wa ul-Mushuarat Pangiran Muda Haji Muhammad Alam pada 09.07.1970 hingga sekarang. Dikurniakan lima orang putera dan lima orang puteri.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Isteri Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah. Diputerakan pada 31.07.1951 di Istana Darul Hana, Kampung Tumasik, Bandar Brunei (Bandar Seri Bagawan). Berkahwin sebanyak empat kali iaitu pertama – Pangiran Anak Istri Pangiran Anak Salma bt Pengiran Anak Muhammad Salleh (14.07.1971 – 1981), kedua -Dayang Hajjah Siti Ruhaizah binti Ibrahim (20.02.1982 – 1986), ketiga – Dayang Hajjah Mazuin binti Hamzah (11.02.1987 – 2003) dan akhir sekali Pengiran Bini Hajah Faizah bt Dato’ Hj Nasir (1999 – sekarang). Hasil daripada empat perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan tiga orang putera dan tujuh puteri.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati. Diputerakan pada 06.11.1954 di Istana Darul Hana, Kampung Tumesik, Bandar Brunei (Bandar Seri Bagawan). Berkahwin dengan Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati bt Y.A.M. Pangiran Jaya Negara Pangiran Haji Abdul Rahman (31.08.1972 – sekarang). Pernah berkahwin dengan empat orang wanita lagi. Hasil daripada perkahwinan pertama dikurniakan dua putera dan seorang puteri dan seorang putera dari Isteri keempatnya Ayen Munji. Christopher Buyers dalam datanya ada menyatakan Pengiran Jefri mempunyai 17 orang anak – Waalah hu Alam.

 

 

 

 

 

[GAMBAR & VIDEO] Sudah Berubah! Wajah Terkini 5 Selebriti Setelah Tidak Bergelar Kerabat Diraja

Sebelum ini kami pernah senaraikan beberapa selebriti tanah air yang berkahwin dengan kerabat diraja, kali ini kami paparkan pula 5 selebriti yang kini tidak lagi bergelar kerabat atau orang istana. Meskipun begitu, menurut sesetengah adat, bagi mereka yang bercer4i m4ti masih lagi dianggap sebahagian dari kerabat dan bagi yang bercer4i ketika hidup, taraf mereka turut ditarik semula.

1. Mazuin Hamzah Dan Pengiran Muda Sufri Bolkiah

 

Masih ingat dengan kumpulan Quinnary M? Pada tahun 1987, salah seorang bekas ahli kumpulan itu, Mazuin Hamzah pernah menggemparkan negara apabila beliau dilamar oleh seorang putera diraja paling kaya di di dunia, Pengiran Muda Sufri Bolkiah.

Menerusi sumber Utusan, majlis pernikahan pasangan ini yang diadakan di Istana Brunei juga diperkatakan sehingga bertahun-tahun lamanya. Namun begitu, hangat.com difahamkan pada tahun 2003 pasangan ini telah bercer4i dan Mazuin kini hanya dikenali sebagai Dayang Hajah Mazuin Hamzah.

 

 

2. Dato Sri Maria Menado dan Almarhum Sultan Abu Bakar

 

Salah satu bintang veteran favourite, Pada 1963, primadona filem Melayu, Maria Menado dilamar oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar. Perkahwinan Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tengku Norashikin, Tengku Idris dan Tengku Baharuddin. Kasih mereka tetap berpanjangan sehinggalah kemangkatan baginda sultan.

 

Namun begitu pada 1978, cinta Maria bertaut kembali apabila bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Dr. Mohd. Husain Yusof. Pada Oktober 2017, Maria menerima darjah kebesaran dari Istana Pahang yang membawa gelaran Dato Sri.

3. Manohara Dan Tengku Fakhry

 

Sering memaparkan artikel mengenai kehidupan peribadi bintang Indonesia ini.Mendirikan rumah tangga sekitar 2009, pelakon dan juga model terkenal ini, Manohara disahkan cer4i dengan adinda Sultan Kelantan, Tengku Fakhry.

 

Manohara telah memohon cer4i setelah mengaku dicederakan oleh Tengku Fakhry selain terdapat pelbagai faktor dan masalah sepanjang mereka bergelar suami isteri. Namun ada yang mengatakan ini hanya berita palsu dan sehingga sekarang belum ada yang sahkan kesahihannya.

Dulu :

 

Sekarang :

 

4. Azrinaz Mazhar Hakim Dan Sultan Hassanal Bolkiah

 

Berita perkahwinan mereka turut menjadi perbualan apabila Sultan Brunei berkenan untuk menjadikan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim sebagai isteri pada 2005 dan mendapat gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar. Namun setelah memiliki dua cahaya mata, Azrinaz telah dicer4ikan pada 2010 dan gelaran diraja itu turut ditarik.

Sekarang :

 

5. Amelia Thripura Henderson Dan Tunku Dato’ Harrunnarrassheed Putra

 

Suatu ketika dahulu wajah Amelia sering kali muncul di kaca televisyen menghiasi pelbagai ruangan iklan. Pelakon dan model yang sudah dewasa ini telah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Harun yang juga anak saudara Sultan Kedah pada Ogos 2015 di Carcosa Seri Negara, dengan nama barunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah.

Sekarang :

 

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : BenarBenarGempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[FOTO] Gambar Makcik Fazura Yang Tidak Didedahkan! Memang Keturunan Cantik-Cantik!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*