Produser harap Mira tak kahwin awal

KUALA LUMPUR: Penerbit drama, Fadzil Teh, berharap Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Mira Filzah, tidak membuat keputusan untuk berkahwin awal ketika namanya sedang mekar di arena seni.

Kata pemilik rumah produksi Zeel Production berkenaan, pelakon drama Adellea Sofea siaran TV3 itu mempunyai potensi untuk terus kekal relevan di persada hiburan.

“Kalau boleh, saya berharap Mira tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga ketika nama sedang meniti di bibir peminat. Dia sebaliknya boleh terus mencipta pengaruh yang lebih besar.

“Baru-baru ini, saya ada terbaca cerita dia kini mengenali hati budi seseorang. Harapnya, tidaklah dia sampai membuat keputusan berkahwin dalam masa terdekat. Bagaimanapun, soal jodoh tetap rahsia Tuhan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya.

“Saya cuma berpendapat, dia boleh terus mencipta nama di pentas seni untuk tempoh beberapa tahun lagi,” kata Fadzil.

Produser terbabit turut memuji pekerti pengacara Nona itu yang dianggapnya sebagai artis ‘tak somb0ng’, selain berpesan agar Mira sentiasa kekal dengan sikap merendah diri saat nama mendaki tangga populariti.

Katanya lagi, Mira, 26, antara artis yang senang memberikan kerjasama, malah tidak lokek untuk mempromosikan naskhah lakonannya di laman sosial.

“Pendek kata, dia artis yang tidak berkira sangat dalam bab mempromosikan drama lakonan sendiri di laman sosial. Bahkan, dia sendiri yang selalu meminta bahan hebahan daripada penerbit untuk dikongsi bersama pengikutnya,

“Dia berbeza dengan sesetengah artis yang sangat berkira, malah enggan membuat promosi drama lakonan sendiri di Instagram.

“Sikap mereka memang membuatkan saya geram. Kalau tiada lagi tawaran lakonan diterima golongan pelakon seperti itu, selepas ini, jangan salahkan penerbit atau stesen televisyen. Kena cermin balik diri sendiri,” katanya.

 

Sumber : BH Online

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Produser harap Mira tak kahwin awal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*