Ustaz selebriti, tolonglah jaga imej Islam

PENDAKWAH bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan penceramah selebriti yang lahir dari program realiti agama supaya menjaga adab dan perbuatan mereka supaya tidak mencem4rkan imej institusi Islam.

Mohd Ridhuan berkata, mereka perlu menjaga tingkah laku kerana f1tn4h ke atas golongan agamawan lebih besar kesannya.

“Isu yang berlaku ke atas pendakwah yang lahir dari program realiti hari ini ibarat setitik nila yang membuat masalah. Jika jumpa isteri baru depan Kaabah, jangan cerita pada orang lain.

“Apatah lagi jika pada masa sama mencer4ikan isteri yang sedang h4mil. Kalau betul-betul nak cer4ikan tunggulah isteri bersalin, tak sabar sangat kenapa?” katanya ketika membicarakan topik Ustaz Segera: Jejas Institusi Islam? anjuran stesen TV Al Hijrah, semalam.

Program dihoskan Finaz Yunus turut menjemput bekas murabbi program realiti Imam Muda (IM) dan Pencetus Ummah (PU), Zulkefli Hamat dan bekas peserta PU Yeop atau nama sebenarnya, Mohd Zainudin Mohamed Zaini sebagai panel.

Mohd Ridhuan berkata, dia tidak kisah jika kesan itu terhadap diri mereka, tetapi ia mengheret agama ke k4ncah mem4lukan.

“Kalau nak cer4i sangat buat diam-diam, kenapa perlu dihebohkan sampai satu Malaysia tahu. Lebih mal4ng apabila orang bukan Islam melihat perkara ini sedangkan mereka tidak melakukan sedemikian rupa. Ia memang meros4kkan imej agama,” katanya.

Pada program bicara itu juga, Mohd Ridhuan meminta pendakwah terhasil daripada program realiti supaya bijak membawa diri dan tidak h4nyut dibawa arus populariti.

“Masalah terjadi adalah ada pendakwah menjadi dan tidak menjadi. Apabila k0ntr0versi menimpa, ia menjej4skan institusi agama dan jika mereka lahir daripada program hiburan tidak mengapa,” katanya.

Sementara itu Zulkefli berkata, setitik nila yang dimasukkan ke dalam susu tidak akan ros4k sekiranya tidak dikac4u.

“Bagi saya kes ini (cer4i isteri ketika h4mil) terpencil daripada keseluruhan pendakwah rancangan realiti. Salah tetap salah tetapi isu keluarga tidak perlu diceritakan secara terbuka.

“Jika berlaku pendakwah itu harus mendiamkan diri kerana mereka tahu kesannya besar. Netizen dan masyarakat juga perlu menyelidik terlebih dulu sebelum mengkritik. Jika tiada ruang menyelidik, jagalah penulisan dan percakapan kerana jika kita menjaga 4ib orang lain maka Allah menjaga 4ibnya di dunia serta akh1rat,” katanya.

Ditanyakan pengacara ketika program hiburan semakin rancak, wajarkah rancangan realiti agama dihentikan kerana menghasilkan pendakwah kontroversi dan tidak berkualiti. Zulkefli tidak bersetuju.

“Saya terbabit dalam penyiaran Imam Muda dan Pencetus Ummah bermula awal hingga akhir. Ia memberikan pengajaran dan jika dihentikan merugikan banyak pihak,” katanya.

Zulkefli turut menolak pemberian gelaran ustaz yang dibawakan peserta selepas program itu berakhir.

Katanya, sebelum pertandingan bermula mereka sememangnya ustaz yang memiliki asas agama.

“Mereka bukan ustaz segera dan sewaktu uji bakat mereka melalui banyak saringan. Peserta ada kelas tertentu dengan mempelajari ilmu dakwah, fiqah, al-Quran, pengucapan awam, nasyid, jenaka dalam penyampaian selain program luar selama seminggu,” katanya.

Menurutnya, gelaran ikon dipikul penceramah selebriti tidak diminta mereka sebaliknya diberikan pihak lain. Namun apa yang penting, rancangan realiti agama mengimbangi program hiburan di televisyen.

Dalam pada itu, PU Yeop turut bersetuju masalah keluarga tidak perlu dihebohkan melainkan jika penceramah selebriti membawa ajaran sesat atau salah.

“Masalah keluarga semua orang ada, tutuplah ke4iban itu dan jangan bercerita pada orang lain,” katanya.

Katanya, jika kesalahan itu dilakukan pendakwah selebriti maka ia tetap salah.

“Buat apa selindungkan kesalahan jika itu berlaku dan menjadi perkara utama adalah menjaga adab dan akhlak,” katanya.

 

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ustaz selebriti, tolonglah jaga imej Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*