Pasangan popular, Fattah Amin dan Fazura menerusi Instagram memuat naik foto bersama dan ianya membuatkan ramai peminat mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.
Berada ditanah suci, rata-rata peminat turut tumpang gembira dan bersyukur melihat perkembangan kedua-dua selebriti terkenal ini.
Malah posting Fazura mahupun Fattah Amin melalui laman Instagram masing-masing meraih perhatian peminat dan pengikut sehingga menerima ribuan tanda suka dalam masa yang sekejap.
Fattah & Fazura tunai umrah terima doa ramai
Dalam pada itu, peminat turut mengharapkan pasangan suami isteri selebriti terkenal ini mendapatkan umrah yang mabrur serta doa mereka juga dimakbulkan.
View this post on InstagramWhere ever you are, our prayers and thoughts will always be with you. InshaAllah
“Where ever you are, our prayers and thoughts will always be with you. InshaAllah,” tulis Fattah Amin menerusi perkongsian foto.
Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen positif selain turut bersyukur melihat pasangan bahagia, Fattah & Fazura tunai umrah.
“Alhamdulillah. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan semoga doa-doa Fattah dan Faz dikabulkan oleh Allah…”
“Alhamdulillah… selamat menunaikan ibadah umrah Fattah dan Faz, moga beroleh umrah maqbullah atas segala doa2 kalian…”
“Alhamdulillah this time as husband and wife, Semoga mendapat umrah yang mabrur InshaAllah”
Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada hujung tahun 2017, tanggal 27 November dan November lalu pula ulang tahun kedua perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai.
Sumber: Fattah Amin, Fazura
Sumber: HCL
Be the first to comment on "“Alhamdulillah this time as husband and wife…”- Fattah Amin & Fazura tunai umrah"