“Haha, gelabah je…”- Parody Pu Azman & Mira Filzah cuit hati ramai

Jika anda peminat drama tempatan bertajuk Sweet Dreams, pastinya ada sudah boleh agak ini episod berapa bukan? Namun begitu, apa yang mencuit hati ramai apabila PU Azman berkongsikan satu video parody.

 

Meskipun, drama ini sudah melabuhkan tirai pada awal September lalu namun fenomena gandingan Mira Filzah bersama Ben Amir masih hangat diperkatakan.

Apatah lagi itu merupakan gandingan pertama Mira Filzah dan Ben Amir bersama. Bagaimanapun, drama arahan pengarah terkenal, Michael Ang ini turut dibintangi oleh PU Azman.

68731758_674410459695367_7445776780000642794_n

Lakonan daripada PU Azman ini sememangnya mendapat perhatian peminat drama tempatan apabila watak lucunya dibawa dengan baik.

Bagaimanapun, terbaru dia berkongsikan satu video daripada lakonanya dalam drama berkenaan yang telah di ‘parody’ oleh seseorang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hahahaha. Tah siapa parodykan. . Terjumpalak. . Thanks @ameershah48

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

Video berkenaan membuatkan dia juga gelak besar dan mengatakan dia terjumpa selain turut berterima kasih dengan seorang individu.

“Hahahaha. Tah siapa parodykan. Terjumpalak. Thanks @ameershah48,” tulisnya menerusi perkongsian berkenaan.

Parody Pu Azman bikin berdekah

Diruangan komen pula, ternyata dialoq ‘karipap inti tembikai’ membuatkan rata-rata terhibur dan gelak besar. Bagi mereka, video berkenaan sangat kelakar dan akui parody tersebut lawak.

Sejak dikongsikan PU Azman, posting itu meraih lebih 140,000 tontonan dan hampir 30 ribu tanda suka diberikan.

Haha, gelabah je

Screenshot_47

Screenshot_48

Lawak betol

Screenshot_49

Screenshot_50

Screenshot_51

Screenshot_52

Bagaimanapun, ini merupakan video sebenar dari babak yang diparodykan.

Sumber: PU Azman / HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Haha, gelabah je…”- Parody Pu Azman & Mira Filzah cuit hati ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*