Akhirnya Bos Susu Dedah Kisah Sukar Mula Bisnes Farm Fresh!

“Bila petang saya akan jual sendiri di pasar malam dan pasar tani, rasa perit dan susah… Bukan hanya air mata mengal1r, maruah juga d11njak-injak!” demikian cerita Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Azmi Zainal ketika permulaan bisnesnya.

Bercerita lebih lanjut menerusi entri di Facebooknya, kata Azmi perniagaan itu dimulakan bersama rakannya, Loi Tuan Ee berbekalkan 60 ekor lembu.

“Mungkin tidak ramai penonton GV yang tahu kisah saya dan Loi memulakan bisnes kecil kami sehingga mencapai tahap ini.

“Kami bermula dengan 60 ekor lembu dan membeli susu dari penternak, kami hantar susu-susu naik bas ekspres kerana tiada lori nak hairan pun setakat hantar susu 10-20 kotak ke Kuala Lumpur.

“Saya tunggu bas ekspres di Sungai Besi, kami jual di kedai-kedai kecil dahulu sebelum masuk ke supermarket,” katanya.

Berdepan detik suk4r, kata Azmi mereka pernah ditert4w4kan oleh pesaing yang pernah cuba menjatuhkannya.

“Kami tidak pernah kenal erti tewas. Ramai yang mentertawakan kami, malah pesaing kami kata ‘biarlah, itu syarikat kecil…tak payah usik, nanti dia m4ti sendiri’.

“Kami simpan itu sebagai semangat. Bila nak cari promoter pula, ramai yang ketawakan saya ‘betulkah kau boleh bayar gaji ni, kau pun pakai selipar je’.

“Kami telan semua itu, terus berusaha dan berdoa,” tambah Azmi lagi.

Oleh kerana itu jugalah, pihaknya mewujudkan segmen Farm Fresh Kongsi Rezeki sepanjang 11 episod GV2019 bersiaran tahun ini.

“Kami tahu bagaimana perasaannya menjadi orang susah yang memerlukan. Kami tak pernah lupa dan sentiasa ingat hari-hari kami bermula dulu.

“Sebab itulah kami buat GV Farm Fresh Kongsi Rezeki dan bantu artis yang kurang bernasib baik,” ujarnya.

Bagi yang terlepas menyaksikan konsert GV2019, dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

Sumber:Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Akhirnya Bos Susu Dedah Kisah Sukar Mula Bisnes Farm Fresh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*