Perginya bekas pemain bass Alleycats

“DIA seorang sahabat yang baik dan banyak membantu ketika kami mula membina nama,” kata penyanyi Alleycats, Datuk David Arumugam, 69, mengenai bekas pemain bass kumpulan itu, Frank Ong, 64, yang men1ngga4l dunia akibat k4nser paru-paru tahap empat di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur jam 4.30 pagi semalam.

David ketika dihubungi berkata, dia dimaklumkan mengenai berita sed1h itu jam 8 pagi menerusi WhatsApp daripada seorang rakan.

Menurut David, dia ada menghubungi kediaman 4rw4h bagi mendapatkan maklumat lanjut namun panggilan tidak dijawab.

“Saya sedikit terk1lan kerana tidak berkesempatan menziarahinya. Sepanjang mengenalinya, dia seorang sahabat yang baik,” katanya.

Frank atau nama Islamnya, Abdul Rashid Ong Abdullah menyertai Alleycats pada 1976 hingga 1986 dan terbabit dengan rakaman enam album Alleycats termasuk yang paling popular seperti Alleycats 4 dan Kuching.

David berkata, selepas meninggalkan kumpulan itu, Frank menjadi tenaga pengajar muzik di beberapa kolej sekitar Kuala Lumpur dan Subang Jaya.

Frank dikesan mengidap k4nser Oktober lalu sebelum menghembuskan nafas ter4kh1r jam 4.30 pagi semalam. Jen4z4h dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Raudhatul Sakinah, Gombak, jam 2.30 petang semalam. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Askiah Abdul Wahab, 66, serta tiga anak iaitu Jas Ong, 45; Hariz, 28; dan Myra, 24.

Sumber:HM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Perginya bekas pemain bass Alleycats"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*