“Takkan tak boleh donate sikit, dah buat member aku cac4t!” – Suami Farah Nabilah didakwa ceder4kan pramugari?

LUAHAN seorang pramugari mengenai keceder4an yang dialaminya gara-gara perbuatan juruterbang yang juga suami kepada pelakon Farah Nabilah iaitu Mohammed Amirul Yunus bukan dibuat untuk mendapatkan perhatian atau meraih simpati.

Cerita wanita yang dikenali sebagai Bie Ismail itu, dia hanya terkilan dengan sikap Amirul yang hanya berdiam diri tanpa bertanya khabar selepas secara tidak sengaja menutup pintu van yang dinaiki mereka ketika berada di Kuantan, Pahang untuk menunggu penerbangan seterusnya pada 13 November lalu.

Bagaimanapun, Bie terkejut apabila luahannya di laman sosial menjadi tular memandangkan pada awalnya dia tidak mengetahui Amirul adalah suami kepada Farah.

Bie memuat naik status rakannya yang bersimpati terhadap nasib yang menimpa dirinya.

“Sejujurnya saya memang tak ada niat langsung nak cari perhatian atau nak raih simpati daripada mana-mana pihak sebab saya sudah berkongsi perkara itu sejak bulan lalu lagi.

“Tapi tak sangka tiba-tiba sekarang boleh jadi tular pula. Sebab ketika kejadian itu berlaku, saya tak tahu pun Amirul akan berkahwin dengan seorang selebriti.

“Saya hanya meluahkan perasaan saja di IG sebab terkilan dengan dia yang tak ada bertanya khabar mengenai keadaan saya selepas kejadian itu,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, seorang individu menerusi Twitter mendakwa Amirul adalah juruterbang yang menutup pintu van sehingga jari rakannya tersepit sehingga mengalami keceder4an.

 

Saya tidak minta duit pun, tapi dia macam tak ada common sense dengan apa yang terjadi.

BIE ISMAIL

PRAMUGARI

Manakala menerusi Instastory Bie memberitahu kemal4ngan itu menyebabkan dia tidak dapat bertugas selama lebih dua bulan disebabkan urat jarinya koy4k dan kuku rosak.

Dalam pada itu, Bie menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap Amirul.

Kata Bie, dia tidak meminta Amirul untuk bertanggungjawab namun berharap lelaki itu berfikir mengenai apa yang berlaku pada dirinya.

Bie berkongsi keadaan jarinya bukan untuk mendapatkan perhatian.

“Saya tidak minta dia bertanggungjawab atau minta duit daripada dia pun tapi dia macam tak ada common sense dengan apa yang terjadi pada saya,” ujarnya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Farah tidak berjaya apabila panggilan dan mesej yang dihantar tidak dijawab.

Pada 20 Disember lalu, majlis perkahwinan pelakon Farah Nabilah dan Amirul menjadi perbualan netizen di laman sosial.

Selain memuji penampilan Farah, 27, yang mengenakan busana ringkas serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, hantaran sebanyak RM77,777.77 turut menarik perhatian netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar via KhalifahMedia

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Takkan tak boleh donate sikit, dah buat member aku cac4t!” – Suami Farah Nabilah didakwa ceder4kan pramugari?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*