“MasyaAllah Syahdunya Mendayu-Dayu!” – Netizen Puji Kemerduan Suara Hady Mirza Laung Azan, Minta Rakamkan Takbir Raya 2020

Selepas dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019), nama Hady Mirza tidak lekang disebut-sebut.

Terbaharu, sepotong rakaman video Hady melaungkan azan di sebuah acara dipercayai di Singapura tular di media sosial.

Malah, ada yang berkongsi semula rakaman video itu di platform YouTube dan meraih pujian ramai.

“Merdu mendayu suara azan ini. Saya sukakannya walaupun saya bukan muslim,” tulis Alex Matt.

“Sangat bagus, teringat masa di Makkah. Syahdunya! Syabas Hady, artis macam inilah yang kita inginkan,” tambah Nor Azman Mohd Zuki.

“Dalam ramai-ramai artis yang aku dengar laungkan azan, inilah yang paling jelas, paling dekat dengan yang kat radio. Memang terbaik,” sahut pengguna lain.

“Mantaplah. Azan gaya Madinah, suara merdu, lepas ni boleh jadi bilal pula Hady,” cadang Emry’s Ly.

Sehubungan itu, ada dalam kalangan peminat setia Hady memohon orang ramai agar tidak terus mengaitkan kisah silamnya dengan kehidupan sekarang yang lebih baik.

“Janganlah dipertikaikan kisah silam Hady, kini dia dah mendapat hidayah dan berusaha menjadi orang yang terbaik dengan kehidupan yang lebih bersih,” tambah Puteri Murni Jaafar.

Menerusi video yang sama juga, ada antara pengguna yang mencadangkan agar suara Hady digunakan untuk takbir raya tahun 2020.

“Harapnya raya 2020 tolong rekodkan takbir raya dari Hady Mirza. Mesti merdu seperti azan ini,” tulis Safuan Zakuan.

Video laungan azan Hady yang dimuat naik sejak 9 November lalu itu telah ditonton oleh lebih 150,000 pengguna YouTube.

Bagi yang terlepas menyaksikan konsert GV2019, dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

Sumber:Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“MasyaAllah Syahdunya Mendayu-Dayu!” – Netizen Puji Kemerduan Suara Hady Mirza Laung Azan, Minta Rakamkan Takbir Raya 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*