“Tak Berhijab Tapi Jual Tudung, Saya Malu”

Hampir dua tahun membuat keputusan untuk berhijab, namun ramai tidak tahu pelakon Fouziah Gous sebenarnya pernah menjalankan perniagaan jual tudung secara online tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, Fouziah memberitahu ketika itu dia tidak meng4ku tudung tersebut adalah jenamanya sendiri kerana m4lu dirinya tidak berhijab.

“7 tahun lepas lagi saya dah jual tudung (online) tapi tak mengaku brand sendiri. Masa tu segan sebab tak berhijab lagi tapi jual tudung.

Ujarnya lagi, apabila dia sudah berhijab ada banyak permintaan daripada peminat yang memintanya untuk menjual tudung kembali. Namun, Fouziah berkata dia belum terfikir untuk lagi untuk kembali dengan perniagaan tersebut.

“Sekarang dah berhijab , ramai pula duk minta jual tudung. Bukan bukan ,ini bukan teaser bakal nak jual tudung. Belum terfikir lagi.” katanya lagi.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen memuji kecantikan pelakon itu yang langsung tidak berubah sejak dulu lagi.

Sumber:Rotikaya

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Tak Berhijab Tapi Jual Tudung, Saya Malu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*