#Throwback2019: Comelnya! 10 Cahaya Mata Selebriti Popular Tahun 2019

Tahun 2019 menyaksikan ramai pasangan selebriti popular dikurniakan cahaya mata, sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

 

Lebih teruja apabila ada juga selebriti yang dikurniakan zuriat buat pertama kalinya untuk tahun ini.

 

Apa yang pasti, bayi-bayi selebiriti ini sangat bertuah kerana ia dinanti-nantikan ramai peminat mereka.

 

Tanpa buang masa, Gempak menyenaraikan 10 selebriti terkenal tanah air yang mendapat cahaya mata pada tahun ini:

 

#1 Elfira Loy

Nama Anak: Muhamad Rayyan Khalaf

Tarikh lahir: 1 Oktober 2019

 

Kehadiran cahaya mata pertama pelakon Elfira Loy dan suami, Mohamad Khairol Faris Anuar antara yang dinanti-nantikan ramai selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2019.

 

Elfira selamat melahirkan cahaya mata pertamanya seberat 3.68 kg pada jam 5.40 petang pada 1 Oktober lalu.

 

 

#2 Wawa Zainal

Nama Anak: Ayya Soffya

Tarikh lahir: 1 Disember 2019

Selepas empat tahun pelakon popular, Wawa Zainal selamat bersalin anak ketiga pada 1 Disember lalu.

Bayi perempuannya itu dilahirkan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, jam 5 petang hari ini.

Anak pasangan Wawa dan Aeril Zafrel itu diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Terdahulu, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

 

#3 Azrinaz Mazhar Hakim

Nama anak: Aressya Malaykha

Tarikh lahir: 16 September 2019

Selepas 11 tahun, bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim selamat melahirkan bayi ketiga dengan seberat 2.75 kilogram.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.

 

#4 Shakilla Khoriri

Nama anak: Ameena Sofia

Tarikh Lahir: 14 Mac 2019

Pelakon Shakilla Khoriri selamat melahirkan cahaya mata perempuan, seberat 3.7 kilogram pada 14 Mac lalu.

Cahaya pertama itu merupakan hasil perkahwinannya bersama penyampai radio Fizi Ali yang diijabkbulkan pada 18 Februari tahun lalu.

 

#5 Anzalna Nasir

Nama Anak: Mohamed Eidrees

Tarikh lahir: 31 Mei 2019

Penantian selama tiga tahun pelakon Anzalna Nasir dan pasangannya Hanif berbaloi apabila mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang comel.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 31, berkahwin dengan Hanif, 31, pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.

 

#6 Abby Abadi

Nama anak: Muhammad Danial Firman

Tarikh lahir: 27 September 2019

Muhammad Danial Firman dilahirkan pada 27 September lalu dengan berat 535 gram. Allahyarham dilahirkan secara pembed4h4n ketika kandungan Abby mencecah lima bulan selepas mengalami turun d4r4h berikutan tekanan d4r4h tinggi.

Abby dan Faizal yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015, turut mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia yang berusia setahun lebih.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby dianugerahkan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

 

#7 Mawar Rashid

Nama anak: Raden Muhammad Rafael

Tarikh lahir: 13 Mac 2019

Pelakon Mawar Rashid selamat melahirkan bayi sulungnya, Rafael dengan sihat dan comel pada 13 Mac lalu.

Namun itu cahaya mata ketiga buat suaminya Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki tersebut selepas 2 tahun diijabkabulkan pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

 

#8 Hanis Zalikha

Nama anak: Alisa Aisyah

Tarikh lahir: 24 Mei 2019

Selepas melahirkan bayi comel dan popular Yusuf Iskandar, 3, pelakon Hanis Zalikha telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 24 Mei lalu.

Hanis mendirikan rumah tangga dengan actor Hairul Azreen pada 5 Jun 2015.

 

#9 Syatila Melvin

Nama anak: Sarima Samheizy

Tarikh lahir: 17 April 2019

Sarima Samheizy nama diberi pasangan pelakon Syatila Melvin dan Shaheizy Sam untuk anak kedua mereka yang dilahirkan pada 17 April lalu.

Anak perempuan mereka ini juga antara bayi dinanti-nantikan ramai selepas anak pertama mereka, Syeriv Samheizy antara bayi yang popular dan disukai ramai.

Syatila  berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

 

#10 Nina Iskandar

Nama anak: (belum diumumkan)

Tarikh lahir: 23 Disember 2019

Pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya lagi lebih seminggu memasuki tahun 2020.

Nina bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 37, pada awal April lalu.

 

Sumber:Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "#Throwback2019: Comelnya! 10 Cahaya Mata Selebriti Popular Tahun 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*