‘Bos Susu’ sedia jadi penaja Gegar Vaganza musim akan datang

SERDANG: Penaja Gegar Vaganza 6 (GV6), Farm Fresh Sdn Bhd, bersedia untuk menaja musim selanjutnya program realiti nyanyian itu. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Azmi Zainal, kepada media tempatan.

Kemunculan syarikat itu mendapat reaksi positif dalam kalangan penonton GV6. Ramai menaruh harapan agar syarikat tenusu terkemuka Malaysia itu akan terus menjadi penaja konsert berkenaan.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini, Encik Azmi berkata pihaknya berbesar hati untuk menaja Gegar Vaganza pada musim akan datang.

Beliau menambah, konsep kongsi rezeki yang diperkenalkan syarikat itu sudah menyunt1k kelainan pada musim keenam program tersebut.

“Farm Fresh dan saya, kami berbesar hati untuk menaja program realiti terbaik di Malaysia (Gegar Vaganza), dan kita bawakan nilai-nilai yang baik dalam konsert Gegar Vaganza,” kata Encik Azmi kepada Astro Awani.

“Jadi untuk tahun hadapan, InsyaAllah kita sedia (menaja) untuk satu tahun lagi dan kita tengok sejauh mana Farm Fresh dan Gegar Vaganza boleh pergi (memberi kesan),” tambah beliau semasa ditemui media tempatan pada Sabtu (28 Dis).

Encik Azmi atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Bos Susu’ menerima pujian daripada netizen sepanjang konsert GV6 berlangsung. Kebanyakannya senang hati dengan perwatakan dan teknik pemasaran yang digunakan oleh penaja GV6 itu.

Dalam beberapa musim Gegar Vaganza sebelum ini, program pertandingan itu sering menerima tajaan daripada beberapa syarikat kosmetik dan kecantikan. 

 

Sumber : Berita Mediacorp

 

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Bos Susu’ sedia jadi penaja Gegar Vaganza musim akan datang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*