Mercedes terangkat dihent4m Viva, budak perempuan tunjuk s4mseng keluar kereta tepuk bonet – “Macam g4ngster walhal bapa dia memandu tak betul”

BI4D4B! Begitulah gambaran terhadap seorang pemandu yang dilihat tidak sabar untuk menukar lorong sehingga sanggup melangg4r kereta lain dalam keadaan lebuh raya sesak.

Menerusi dua klip video yang kini tular di media sosial, salah satu rakaman tersebut dipercayai dibuat oleh seorang penumpang sebuah bas.

Pemandu kereta Perodua Viva warna putih itu dilihat cuba menukar lorong ke laluan paling kanan tanpa memberikan lampu isyarat.

Klip video pertama itu menunjukkan kereta Viva putih itu berkali-kali ‘menghimpit’ sehingga akhirnya bergesel dengan sebuah kereta Mercedes-Benz warna hitam.

Sebuah kereta Viva putih menukar lorong tanpa lampu isyarat sehingga mel4nggar sebuah kereta Mercedes-Benz.

Perlangg4ran itu mengakibatkan kedua-dua tayar kiri depan dan belakang kereta Mercedes terangkat, nyaris merempvh pembahagi jalan.

Bagaikan tidak mahu mengalah, pemandu kereta Viva berkenaan terus memotong dan melencong ke hadapan bagi menghalang laluan kereta Mercedes itu.

Berdasarkan pemerhatian pada video tersebut, terdapat kesan remuk pada bahagian kiri kereta Mercedes akibat perlanggaran yang berlaku.

Keadaan semakin par4h apabila kedua-dua kereta dilihat berhenti di lorong paling kiri lebuh raya.

Perl4ngg4ran mengakibatkan kedua-dua tayar kiri depan dan belakang kereta Mecedes terangkat.

Dalam klip video kedua menunjukkan seorang lelaki, dipercayai pemandu kereta Viva putih berdiri di hadapan kereta Mercedes berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila seorang kanak-kanak perempuan yang turut bersama lelaki itu bertindak kas4r dengan lagak seperti seorang s4mseng menepuk bahagian bonet kereta Mercedes berkenaan berulang kali.

 

Amboi budak perempuan tu macam g4ngster walhal bapa dia yang memandu tak betul.

NETIZEN

Lelaki berbaju hijau itu dilihat seolah-olah memegang sesuatu, sebelum rakaman beralih kepada dua penumpang lain keluar daripada kereta Viva.

Dua klip video tersebut yang dimuatnaik di halaman Facebook We Are Malaysians, sehingga kini dikongsi lebih 1,800 kali dan membangkitkan kem4r4han netizen.

Lelaki berbaju hijau ini dipercayai pemandu kereta Viva putih.

Bagaimanapun tidak dijelaskan bila dan di mana insiiden berlaku.

“Dah ajar anak kurang ajar. Dah tahu salah lorong salahkan orang lain,” tulis netizen.

“Amboi budak perempuan tu macam g4ngster walhal bapa dia yang memandu tak betul. Main celah signal pun tak ada bagi nak masuk line,” komen seorang pemuda.

“Wow kenapa sangat serius sampai anak pun pukvl kereta?” persoal yang lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Mercedes terangkat dihent4m Viva, budak perempuan tunjuk s4mseng keluar kereta tepuk bonet – “Macam g4ngster walhal bapa dia memandu tak betul”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*