Watak Laila Gadis Bimbo Dalam Kampung People, Riena Diana DFKL Tiru Slang Inggeris King Coco

Pelakon Riena atau nama sebenar Nur Qamarina Diana  Zulreal, 22, menjadikan aktres Sharifah Sakinah dan personaliti media sosi@l King Coco sebagai rujukan bagi menjayakan watak gadis ‘bimbo’ dalam drama Kampung People.

Memetik laporan mStar, Riena  berkata beliau mengam4ti cara percakapan dan gerak tubuh dua personaliti tersebut menerusi Youtube bagi menjayakan watak Laila dalam drama itu.

“Seminggu sebelum penggambaran, saya buat kajian dahulu mengenai watak gadis bernama Laila itu dan menonton cara percakapan King Coco sebagai rujukan. 

“Saya tengok cara dia bercakap dan slang Inggeris yang digunakan, nak bagi nampak kelainan saya ubah sedikit cara pertuturan itu dengan menambah huruf S di belakang perkataan. 

“Selain itu, saya menonton lakonan Sharifah Sakinah yang kita tahu karakter ‘g1la-g1la’ padanya. Selepas tiga hari penggambaran, saya sudah boleh bawa karakter gadis bimbo bercakap slang bahasa Inggeris itu dengan mudah,” katanya lagi.

Rina bimbang dengan penerimaan penonton pada peringkat awalnya dan merasa lega dengan maklum balas positif penonton selepas mereka menonton drama tersebut.

“Alhamdulillah ramai suka dan saya boleh kata tiada langsung yang mengecam cara pertuturan mat saleh itu, rata-ratanya terhibur dan rasa lucu dengan watak tersebut.

“Sebelum penggambaran, saya bimbang juga jika akan ada yang mengecam tapi rupanya sangkaan saya salah. Penonton suka dan terbawa-bawa dengan slang dan watak bimbo Laila itu,” ujarnya.

Malah laman sosi@lnya turut dihujani dengan pelbagai komen pengikut yang mengajuk cara percakapannya sama seperti dalam watak tersebut.

“Kalau baca komen di laman sosi@l, memang ramai pengikut yang menulis dengan slang tersebut, ada juga yang minta saya bercakap macam itu bila sedang live di Instagram.

“Sesekali guna slang begitu bolehlah, tapi kalau suruh cakap macam tu 24 jam rasanya saya pun naik melu4t nanti, rasa geram pula kan?

“Apa-apa pun saya tak mar4h dan anggap watak itu diterima baik penonton dan telah menghiburkan semua,” katanya.

Mau ters1mpul lidah kalau cakap macam ni 24 jam. Kan Lailers?

 

Sumber : Cari

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Watak Laila Gadis Bimbo Dalam Kampung People, Riena Diana DFKL Tiru Slang Inggeris King Coco"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*