“Mata Tu, Patutlah Ramai Cakap Saya Sombong” – Ernie Zakri Kongsi Video Comel Waktu Kecil

Penyanyi Ernie Zakrie berkongsi sepotong video nostalgia zaman kecil sewaktu menyertai sebuah program pertandingan nyanyian.

Video tersebut merakamkan gelagat Ernie sedang menyanyi sambil menjelingkan matanya kepada kamera.

Tulis Ernie, jelingan yang diwarisi sejak kecil itu membuatkan ramai menyangka dirinya seorang yang sombong.

“Mata tu… Patutlah  ramai cakap saya sombong, tu jelingan mata tu lah tu. Dengan mulut saya. I didn’t lie when I said I’m a huuuuge fan of @noraniza_idris.

“Peminat dari kecil tau! Baju tu mama pilih kan, saya pakai jelah. Asal boleh habis nyanyi cepat-cepat sebab nak beli Barbie. Ala rindunya zaman kecil-kecil tak payah fikir nyanyi sedap ke tak,” tulisnya di akaun Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

That eyes.. no wonder ramai cakap saya sombong, tu jelingan mata tu lah tu. Dengan mulut saya. 😂 I didn’t lie when I said I’m a huuuuge fan of @noraniza_idris . Peminat dari kecil tau! Baju tu mama pilih kan, saya pakai jelah. Asal boleh habis nyanyi cepat-cepat sebab nak beli Barbie. Alaaaa rindunya zaman kecik2 tak payah fikir nyanyi sedap ke tak. 😂 thank you @erniezakrilover for this video. ❤️ “Darah mengalir” amboi kemain

A post shared by @ erniezakri on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji bakat nyanyian Ernie selain dirinya yang comel.  

“Mata dan mulut memang nampak sombong. Hati dia… Masya-Allah hanya yang kenal je tahu betapa baiknya budak ni,” komen @princessbellehassan2211  

“Hmm macam mana ni dari kecil suara dah sedap,” puji @j3ffry_j  

Dalam perkembangan terbaru, Ernie Zakri tampil dengan lagu berjudul Gund4h.  

Lagu tersebut ditujukan khas buat Allahyarham datuk dan neneknya, Mohamed dan Rokayah.

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Mata Tu, Patutlah Ramai Cakap Saya Sombong” – Ernie Zakri Kongsi Video Comel Waktu Kecil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*