Disangka Keluarga Poligami, Rupanya Ramai Salah Faham

Baru-baru ini tular sebuah gambar di laman sosial yang mengatakan bahawa di dalam gambar tersebut terpotret sebuah keluarga poligami di mana seorang suami bersama dua isteri dan anak-anak mereka.

Rentetan daripada gambar yang tersebar itu, seorang pengguna Twitter yang bernama Fatihah Faizur telah memuat naik gambar keluarganya dan menyatakan gambar yang tersebar itu merupakan gambar dirinya bersama adik-beradiknya.

Rupanya menurut gambar-gambar yang dikongsikan Fatihah tersebut, ayahnya telah berkahwin dua dan tiga bersaudara yang dewasa itu merupakan anak hasil daripada perkahwinan bersama isteri pertama dan lagi lima orang kanak-kanak itu hasil daripada perkahwinan bapanya dengan isteri kedua.

Di akaun Twitternya dia menulis,

“My siblings picture turns out to be family picture.

“Awet muda beno dah berpoli”

“bini kedua ke” hahahah I kenot,” tulisnya dengan merasakan perkara yang menjadi bualan ramai ini adalah suatu yang lucu.

Dia juga sempat berkongsi gambar keluarga kedua-duanya dan menerangkan kepada semua jika masih tidak memahami situasi keluarga mereka.

“Kalau curious lagi. Haaa ni first batch. And the other one second batch,” tulisnya lagi.

Sumber: Twitter Fatihah Faizur via Media Hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : LepatPisang

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Disangka Keluarga Poligami, Rupanya Ramai Salah Faham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*