Suami kongsi kisah sedih di sebalik pokok love kvbur ‘bidadari’, “Kalau dia dah tak ada tolong jangan beritahu saya”

KEHILANGAN isteri bersama anak yang dikandung tujuh bulan ternyata memberi kesan kepada ahli keluarga terutamanya insan bergelar suami.Biarpun pemergian Noorizzati Danialaffendi dan anak ketiganya sudah lebih setahun berlalu, detik-detik terakhir bersama isterinya masih segar di ingatan Faizul Susanto sehingga ke hari ini.

Malah setiap kali terkenang perkara itu, bapa kepada tiga anak ini akan menulis coretan luahan hatinya di Facebook.

Namun paparan komen Faizul di Facebook mengenai kisah dia menanam vri bersama jen4z4h isteri dan bayi ketiganya dalam satu li4ng l4had, berserta kvbur yang dihiasi pokok berbentuk ‘love’ menyentuh hati netizen dan tular di Twitter.

Paparan skrin itu yang dikongsi Nabilfikran10 mendapat 25,200 ulang kicau dan 15,800 tanda suka.

Paparan komen Faizul menjadi tular di Twitter.

Faizul ketika dihubungi mStar berkata dia menanam pokok berbentuk hati itu di kbur arwh isteri dan anak ketiganya sebagai simbolik kasih sayangnya terhadap mereka.

“Orang kata sebagai simbolik cinta. Saya buat sendiri. Saya tanam dan biarkan lima hingga enam bulan, lepas tu saya potong buat bentuk love.

“Tapi sebelum buat tu saya minta pandangan mufti dan ustz. Mereka kata tak salah kalau nak buat untuk lawakan kbur, cuma mereka pesan jangan buat bentuk sy1rik,” katanya.

Malah Faizul menganggap coretan luahan hati untuk arw4h isterinya sebagai suatu yang normal bagi mereka yang pernah mengalami nasib sepertinya.

“Waktu dia ada saya rasa nak berg4duh dengan dia. Saya tak end4hkan dia bila saya penat balik kerja. Yalah normal perempuan tengah mengandung hormon dia nak mengada tapi itulah sebab saya fikir selalunya ada hari esok.

“Bila dia tak ada memang saya menyes4l sangat-sangat. Sampaikan saya hilang arah, hilang segala-segalanya. Tulang rusuk saya ni seolah-olah semua pat4h. Saya rasa seperti mahu pergi sekali dengan dia,” katanya.

Gambar kenangan raya bersama arwh isterinya.

Ujar pemuda berusia 32 tahun itu, isterinya men1ngg4l dun1a akibat k0mplik4si d4r4h tinggi manakala anak ketiganya gagal diselamatkan sebelum pembd4han segera dilakukan pada 17 Mei tahun lalu.

“Bila wife mengandung anak ketiga kami dia kerap keluar masuk hspital. Kadang sebulan sampai dua kali sebab k0mplik4si dr4h tinggi yang teruk tapi kandungan sebelum ini tak ada apa-apa masalah.

“Pada 13 Mei 2018 wife masuk hospital sebab bacaan dr4h tinggi tak bagus lepas tu saluran vri makin sempit. Jadi doktor terpaksa buat emrgency c-zer. Tapi doktor beritahu awal-awal ibu atau anak yang akan selamat.

Masa tu terlintas dekat kepala janganlah ini pelvkan terakhir. Masa dia pelvk tu terasa dia pelvk saya kuat. Bila lerai je pelvkan, dia kata awak balik tidurkan anak-anak… tolong baca Yassin untuk saya, biar saya tenang. Itulah last hint sebelum dia pergi.FAIZUL SUSANTO.

“Pukul 12.50 pagi hari terakhir wife diser4ngg dr4h tinggi. Doktor buat emrgency c-zer pukul 5 pagi tapi anak dah menngg4l dalam perut. Wifed dimasukkan ke ICU tetapi keadaan dia nz4k sebelum disahkan mennggal dunia pada pagi 17 Mei 2018,” katanya.

Faizul berkata ketika itu dia bagaikan tidak percaya bahawa isterinya benar-benar pergi mennggalkan dia dan dua anak mereka.

“Bila doktor minta saya masuk dewan bers4lin masa tu saya memang rasa tak sedap hati sangat. Saya cakap dekat adik saya tolong masuk tengok kakak. Kalau dia dah tak ada tolong jangan beritahu saya.

Gambar kenangan arwh bersama suami dan dua anaknya.

“Tapi adik saya keluar, mata dia merah dan dia geleng kepala. Waktu tu saya rasa dunia saya betul-betul gelap. Saya masuk dalam bisik dekat telinga wife minta bawa saya bersama dia sebab saya tak sanggup kehilangan dia.

“Namun saya tersent4k apabila terbayang muka dua lagi anak saya. Saya kuatkan diri. Saya beritahu wife ‘awak pergi lah dengan tenang jangan bimbang pasal anak-anak’,” kata Faizul sambil mended4hkan dia mengambil cuti sebulan selepas kem4tian isterinya itu.

Jelas Faizul, isterinya itu turut memberikan beberapa petunjuk sebelum pemergiannya pada bulan Ramadan tahun lalu.

“Dua bulan sebelum dia menngg4l, sepanjang kami berkahwin dia tak pernah borak pasal kema4ti4n. Dia kata keh4milannya kali ini amat berisiko jadi jika apa-apa berlaku kepada dia dan anak dia minta saya semadikan mereka dalam satu li4ng l4had dekat kampung.

“Dia juga tak nak beli barang baby. Dia tak excited macam pregnant pertama dan kedua sehinggakan stokin baby pun dia tak beli. Saya ada cakap kat dia nak beli pampers baby, dia kata tak payah memb4zir, siapa nak pakai. Masa tu saya dah rasa pelik.

“Dua hari sebelum dia menngg4l saya melawat dia, Subhanallah… muka dia berseri sangat. Saya gur4u dengan dia duduk hospital pun nak melawa buat apa. Lepas tu dia cakap kalau nak tengok muka bidadari macam ni lah. Saya terkesan sangat-sangat bila dia cakap macam tu,” katanya.

Faizul bersama dua anaknya semasa sambutan Aidilfitri yang lalu.

Namun apa yang meruntun hati Faizul apabila pelvkan isterinya beberapa hari sebelum dia menngg4l merupakan pelukan terakhir wanita dicintainya itu.

“Saya dah datang melawat dia pukul 6 petang dan bila sampai je rumah saya terus WhatsApp dia. Tiba-tiba dia call… ‘saya minta tolong dekat awak last, siapkan anak-anak pakai cantik-cantik dan guna minyak wangi saya suka.

“Masa dia letak phone tu saya seb4k. Sampai je hospital dia cakap dengan anak-anak. Anak-anak pun macam faham mama mereka nak pergi. Last sekali dia bangun dan minta saya pelvk dia. Sepanjang kahwin saya tak pernah pelvk dia depan anak-anak atau orang ramai.

“Masa tu terlintas dekat kepala janganlah ini pelvkan terakhir. Masa dia pelvk tu terasa dia pelvk saya kuat. Bila lerai je pelvkan, dia kata awak balik tidurkan anak-anak… tolong baca Yassin untuk saya, biar saya tenang. Itulah last hint sebelum dia pergi,” katanya seb4k.

Jenzah Noorizzati dan anak ketiganya dikebvm1kan di kampungnya di Felda Triang Bera, Pahang atas permintaan arw4h.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Kredit : mstar online. via detikberita

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Suami kongsi kisah sedih di sebalik pokok love kvbur ‘bidadari’, “Kalau dia dah tak ada tolong jangan beritahu saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*