#Throwbak2019: 4 Selebriti Tudung ‘Terbang’, 5 Yang Manis Berhijab

Isu selebriti buka tudung seperti sudah menjadi kontroversi yang biasa berlaku setiap tahun termasuk tahun 2019.

Tahun ini, menyaksikan antara empat selebiriti yang akui dirinya tewas dan tidak dapat meneruskan imej berhijab dan muslimah.

Namun, tahun 2019 juga menyaksikan kenangan terindah buat lima selebriti lain yang sudah berhijrah dan memilih untuk tampil dengan imej berhijab.

Justeru, Gempak senaraikan empat selebriti yang ambil keputusan untuk buka tudung dan lima selebriti tampil manis berhijab.

#Zarina Anjoulie

Zarina Anjoulie umum buka tudung secara rasmi di Instagram(IG) miliknya tahun ini. Dalam kenyataan itu, Zarina mengakui dirinya tewas dan memohon maaf kepada peminatnya.

Terdahulu Zarina mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video dan foto dirinya tidak lagi berhijab dengan rambut berwarna per4ng.

Malah, Zarina tampil berani memuat naik video bersama beberapa kenalan wanitanya dengan hanya memakai busana yang sangat s3ksi hingga menampakkan sebahagian besar p4yu d4r4nya.

#Fathia Latif

Pelakon Fathia Latiff mengejutkan pengikut laman sosial Instagram apabila memuat naik fotonya tidak berhijab atau ‘free hair’ dengan berambut pendek.

Fathia kemudian mengaku enggan terus berpura-pura sedangkan hidupnya tidak pernah tenang sejak berhijab.

Fathia mendakwa keputusan membuka tudung sudah lama difikirkan, tetapi dirinya masih mahu menjaga hati keluarga.

Namun, luah Fathia, hatinya tekad mahu menjadi diri sendiri lantas menanggalkan tudung sejak Jumaat lalu.

#Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong yang sudah lima tahun memakai tudung ditemui peminat yang mula merakamkan foto dan video Emma dengan imej tanpa hijab di tempat awam.

Emma kemudian akui sudah tidak lagi bertudung dan menegaskan tidakan terbabit yang diambil olehnya bukanlah contoh yang baik.

Malah Emma memberitahu imannya belum kukuh dan selesa membiarkan keputusan yang dilakukan dengan berat hati itu ditanggung sendiri.

#Ernisha Dewi Remaja

Selepas terpalit kontroversi di kelab malam bersama Haneesya Hanee, nama finalis Dewi Remaja 2018/2019, beberapa bulan selepas itu Ernisha tampil dengan imej ‘free hair’

Ernisha kemudian muncul dan mengakui tidak lagi bertudung kerana memberitahu sukar membawa imej muslimah.

#Lisa Surihani

Pelakon popular Lisa Surihani tampil dengan imej berhijab selepas pulang mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Lisa menjelaskan dia berhijab bukan disebabkan permintaan, saranan atau mengikut kehendak suaminya, pengarah juga bekas anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim.

Namun penampilannya disenangi dan dipuji ramai kerana tampil lebih ayu jelita bila berhijab.

#Amyra Rosli

Ketika tampil dengan imej berhijab selepas pulang dari umrah, ramai yang agak keliru kerana dia masih memuat naik gambar tidak bertudung di media sosial.

Menurutnya, penampilan itu kerana dia masih terikat dengan kontrak dan komitmen kerja.

Bagaimanapun, Amyra yang kini terus berhijab berkata keputusan itu datang secara semula jadi dan tidak menolak mungkin sudah sampai serunya untuk dia bertudung sepenuhnya.

 

#Jihan Muse

Pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse telah mencuri tumpuan ramai apabila pertama kali memuat naik beberapa foto dirinya mengenakan tudung ketika bercuti bersama keluarganya di Jepun. Ekoran perkara itu, rata-rata netizen memuji perubahan Jihan.

Jihan mengucapkan terima kasih di atas doa yang diberikan dan harapannya agar selepas ini akan terus diterima dalam industri seni hiburan meksipun sudah berhijab.

 

#Eyra Hazali

Pelakon muda, Eyra Hazali, memilih untuk mengenakan hijab pada Februari lalu setelah dih4ntui rasa bersalah memikirkan kewajipan menutup aur4t yang dituntut agama.

Eyra yang kini isteri penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli, menyatakan dia memilih untuk memakai hijab atas kerelaan sendiri, bukanlah kerana mahu berniaga tudung atau sebagainya.

 

#Nonny Nadirah

Sekembalinya daripada mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci pada Januari lalu, penyanyi dan pelakon, Nony Nadirah telah tampil dengan imej berhijab yang ternyata mendapat pujian ramai.

 

Sumber : Gempak

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "#Throwbak2019: 4 Selebriti Tudung ‘Terbang’, 5 Yang Manis Berhijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*