6 pemain bola tampar wanita ‘cairkan’ hati penonton

KUALA LUMPUR: Sukan bola tampar mungkin jarang mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan tidak seperti sukan terkemuka seperti bola sepak, badminton mahupun hoki. Namun di sebalik aksi mengagumkan menerusi rejaman padu dan lompatan tinggi selain detik mendebarkan, sukan bola tampar memiliki penyeri yang berjaya mencuri tumpuan sehingga berjaya menarik perhatian mereka yang selama ini langsung tidak meminat sukan itu.

Berikut adalah antara enam pemain bola tampar yang bukan setakat hebat di dalam gelanggang namun memiliki keupayaan ‘mencairkan’ hati penonton yang menyaksikan perlawanan mereka ;

1. Sabina Altynbekova (Kazakhstan)

Dilahirkan di Aktobe, Kazakhstan pada 5 November 1996. Pemain dengan ketinggian 182 sentimeter ini menjadi sensasi Internet selepas gambarnya bersama pasukan di Taiwan menjadi tular pada aksi Kejuaraan Bola Tampar Junior Asia 2014 dan dia terus menjadi tumpuan susulan kecantikan yang dimilikinya.

Namun, walaupun jarang diturunkan namun jurulatih pasukan, Nurlan Sadikov mervngut dengan kehadiran Altynbekova yang jelas menerima tumpuan luar kawalan daripada penonton.

“Sukar untuk bekerja seperti ini. Penonton bersorak seperti hanya ada Altynbekova dalam pasukan ini,” kata Sadikov.

2. Saori Kimura (Jepun)

Dilahirkan di Yashio, Jepun pada 19 Ogos 1986 dan penampilan profesional terakhirnya bersama Toray Arrows sebelum mengumumkan persaraan pada 2017. Menyertai empat edisi Sukan Olimpik bermula 2004, 2008, 2012 dan 2016 dan memenangi pingat gangsa pada 2012.

Bakat besar yang dimiliki menyaksikan dia mendapat nama julukan ‘Masa Depan Jepun, Saori Tanpa Batasan’ dan dia adalah pemain versatil yang mampu beraksi di semua posisi.

Pernah berkelana di beberapa pasukan seperti VakıfBank Turk Telekom dan Galatasaray Daikin selain tampil dalam empat kejohanan Sukan Asia yang menyaksikan dia meraih satu emas, satu perak dan dua gangsa.

Mengharungi karier yang membanggakan, namun Kimura tetap kekal merendah diri dan berkata: ‘kita tidak boleh memenangi perlawanan secara individu dan kita perlukan seluruh pasukan. Saya memenangi kejayaan bersama rakan sepasukan saya.”

3. Alisa Manyonok (Russia)

Dilahirkan di Vladivostok, Russia pada 5 April 1995 dan rupa parasnya yang menarik menyaksikan dia mendapat panggilan “Barbie Yang Bermain Bola Tampar.”

Gelaran itu tampak tidak hairan selepas melihat raut wajah jelitanya dengan rambut perang, hidung mancung dan kulit mulus selain memiliki ketinggian dan wajah menarik seperti anak patung Barbie.

Namun, dia membuat keputusan untuk tidak terbabit dengan sukan bola tampar dan akhirnya terjun ke bidang peragaan dan selepas memenangi pertandingan ratu cantik di kampung halamannya, Primorsky Kray pada 2013, dia mendapat banyak tawaran untuk menjadi model peragaan.

Karier barunya menyaksikan dia menjadi model pakaian dalam dan pakaian renang selain memenangi beberapa pertandingan ratu cantik seperti Miss International Russia dan Supermodel International, tiga tahun lalu.

4. Sanja Malagurski (Serbia)

Dilahirkan pada 8 Jun 1990, dia menjadi antara pemain yang membarisi skuad bola tampar Serbia pada Sukan Olimpik 2008 dan memenangi pingat perak pada Kejohanan Kelab Dunia FIVB 2014 selepas tewas di tangan Dinamo Kazan.

Mewakili pasukan dari Itali, Foppapedretti BergamoItaly pada musim 2017-18 dan memenangi tiga pingat emas dalam saingan Liga Eropah.

5. Pungky Afriecia (Indonesia)

Atlet berusia 24 tahun itu memulakan kariernya bersama kelab Alko Bandung sebelum menyertai Manokwari Valeria dan membantu pasukan itu muncul naib juara Proliga 2014 dan kini beraksi bersama Jakarta Elektrik PLN.

Bukan setakat beraksi hebat di dalam gelanggang namun reputasinya terus meningkat namun susuk tubuhnya yang persis model menyaksikan dia dijulang sebagai pemain bola tampar tercantik di Indonesia.

Melangsungkan perkahwinannya bersama kekasihnya penyerang Bali United, Yandi Sofyan pada tahun lalu selepas menjalinkan hubungan selama lima tahun.

6. Naz Aydemir (Turki)

Dilahirkan pada 14 Ogos 1990 di Turki dan memiliki ketinggian 186 sentimeter. Beraksi sebagai ‘setter’ dan tampil dalam lebih 100 perlawanan bersama skuad kebangsaan Turki dalam pelbagai peringkat usia.

Memenangi pingat emas pertamanya pada Kejohanan Kelab Dunia FIVB 2010 bersama Fenerbahce sebelum memenangi gelaran dunia keduanya bersama Vakıfbank Istanbul pada 2013.

Musim 2016-17 menyaksikan dia memenangi pingat emas Liga Juara Juara CEV bersama VakıfBank Istanbul selain turut dinobatkan sebagai ‘Setter Terbaik.’

Pemain ini juga adalah sepupu kepada bintang tengah Manchester City dan Jerman iaitu Ilkay Gundogan.

 

Sumber : BH Online

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "6 pemain bola tampar wanita ‘cairkan’ hati penonton"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*