“Segala Persoalan Saya Selama Ini Telah Terjawab,” – Tunaikan Umrah Di Tanah Suci, Air Mata Haqiem Rusli Jatuh?

Penyanyi dan komposer muda, Haqiem Rusli menyifatkan keberangkatannya ke tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah, 28 November lalu sebagai satu pengalaman tidak dapat dilupakan.

Menurut Haqiem, dia bersyukur dan pada masa sama berasa puas kerana berpeluang membawa kedua-dua ibu bapa dan keluarga menunaikan ibadah tersebut.

“Puas bila guna hasil titik peluh kita sendiri, bawa mak ayah tunaikan umrah. Mereka yang jaga saya dari kecil kan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️

A post shared by @ haqiemrusli98_ on

Ditanya apakah detik indah sepanjang di sana, Haqiem menjelaskan segala persoalan yang bermain di fikirannya sebelum ini telah pun terjawab.

“Banyak sebenarnya yang saya tertanya-tanya tentang diri dan Alhamdulillah segala persoalan telah terjawab.

“Apakah soalan itu, saya tak boleh jawab kerana ia begitu peribadi. Namun banyak benda positif yang belajar untuk jadikan saya manusia lebih baik.

“Menangis itu tiadalah, saya pun jenis susah nak menangis tapi dalam hati ini perasaan seb4k tu sangat terasa, sukar nak ungkapkan,” katanya.

Haqiem berkata demikian ketika ditemui di Throwbaek 2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Ahad lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

TERIMA KASIH. #UprisingComposer #Astro #KonsertThrowBaek2019

A post shared by @ haqiemrusli98_ on

Menerusi konsert berkenaan ramai nama-nama besar diberi penghargaan termasuklah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Ramli MS, Dr Amalina Che Bakri, Mira Filzah, Ben Amir, Didi & Friends serta banyak lagi.

 

Sumber : Gempak

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Segala Persoalan Saya Selama Ini Telah Terjawab,” – Tunaikan Umrah Di Tanah Suci, Air Mata Haqiem Rusli Jatuh?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*