Nora harap 2020 lebih baik buatnya selepas apa yang telah berlaku 2019

PENYANYI, Nora Ariffin, 47, berharap kedatangan tahun baru 2020 ini akan memberi ruang yang lebih baik buatnya.

Nora atau nama sebenar Wan Norafizah Wan Ariffin dalam perkongsian ringkas di Instagram (IG) menulis, dia berserah segalanya kepada Allah SWT.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Berehatlah anak mama. Mama ampunkan semua dosa & redha akn Alif. Al- fatihah Muhammad Syakir Alif 14/12/2019😭😭😭😭

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

“Dia (Allah) lah sebaik-baik perancang. Moga Allah kurniakan apa yang terbaik untuk saya.

“Moga segalanya lebih baik dari sebelum ini. Bismillahirrahmanirrahim, welcome (selamat datang) 2020,” tulisnya.

Pada 14 Disember lalu, Nora berhadapan ujian besar apabila kehil4ngan anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20, yang men1ng4l dunia.

Alif ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya oleh pembantu rumah selepas balik daripada menghantar Nora ke lapangan terbang.

Bagaimanapun, Alif disahkan men1ngg4l dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Nora yang reda dengan kem4ti4n itu, sering berkongsi kerinduannya terhadap Alif menerusi muat naik foto dan video persembahan nyanyian 4rw4h di IG.

Menerusi satu lagi perkongsian terbaru, Nora memuat naik video nyanyian Alif yang mendendangkan lagu Kemarin di pentas Mentor Milenia 2019.

Tulisnya, siapa sangka lagu Kemarin yang dinyanyikan untuk papa, kini juga untuk dirinya.

“Allahuakbar, ada kalanya aku juga r4puh dan tidak mampu. Hidup semakin sunyi. Hanya Allah yang tahu. #mamarindualif. Al-Fatihah.

“Sehingga hari ini (1/1/2020), belum berhenti orang menziarahi saya dan pus4ra Alif.

“Kawan dari sekolah rendah, menengah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan lain-lain, rata-rata datang memuji dan mengatakan benda sama.

“Alif anak yang baik, sahabat yang baik, rapat dengan mama dan menghorm4ti orang tua,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1/1/2020. Sehingga hari ni, blm berhenti org menziarahi saya & pusara Alif Johan. Kawan2 sek rendah, menengah, UITM & lain2 Rata- rata datang memuji dan mengatakan benda sama. Alif anak yg baik, sahabat yg baik, rapat dgn mama & menghormati org tua. Alif….. Mama & adik2 selalu mimpikan Alif. Seolah- olah mcm biasa. Aktiviti bila Alif dirumah bersama kami. Ya Allah….berikan aku kekuatan & ketabahan. …. Siapa sangka lagu KEMARIN, yg dinyanyikan utk papa, kini juga utk dirinya…. Allahuakbar….. Adakalanya aku juga rapuh & tak mampu.😢😢😢😢😢😢 Hidup semakin sunyi…. Hanya Allah yg tahu…. #mamarindualif Al- fatihah ….. @akimahmad @stacyanam Repost @ina_mohd with @get_repost ・・・ 😢😭😢 #alfatihah #alifjohan . Kita selalu share cerita tanpa org lain tahu… Adakala kita gelak walaupun hanya di whatasapp… Walau kita jarang jumpa, perkembangan Alif, kak Ina selalu ambik tahu, walau dari jauh…Kak Ina tgk Alif dari kecik sampai la sekarang. Sama juga dgn Iman. . Alif ingat tak masa mula2 Alif masuk pertandingan nyanyian? 1st time jumpa Alif lepas dh lama tak jumpa. Ingt Alif lupa dh time tu haahaha! Masa tu juga Mama & Aunty Nourul jadi judge. Alif tk inform Mama & Papa psl nk masuk tu. Then kita dok berdua. Lepas tu Alif ckp, nanti beritahu Alif dulu kalau Alif dpt masuk ke stage seterusnya. Sempat la juga bergosip 😆 Selepas itu, Alif kerap audition sana sini. Hebat! Namun, percaturan Allah itu maha berkuasa kan.. Alif…Damailah di sana wahai Adik… Buat kak @itsnoraariffin , kuatkan semangat. Mmg sukar utk diungkapkan dgn kata-kata.. Hilang kata-kata 😢

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Nora juga menulis dia dan dua anak perempuannya selalu mimpikan Allahyarham Alif.

“Seolah-olah macam biasa. Aktiviti Alif di rumah bersama kami. Ya Allah, berikan aku kekuatan dan ketabahan,” tulisnya.

Allahy4rh4m Alif dikebvm1kan di Tanah Perkvbvran Islam Kampung Tunku, Petaling Jaya pada 15 Disember lalu selepas menjalani proses bed4h si4s4t.

Untuk rekod, Nora kehilangan suami tercinta Allahy4rh4m Johan Nawawi yang juga seorang komposer pada 24 Mac 2017.

 

 

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Nora harap 2020 lebih baik buatnya selepas apa yang telah berlaku 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*